Skip to main content

Hiburan

Tak Pernah Ke Bazar, Saiful Apek Hanya Makan Bubur Lambuk, Kurma Untuk Sahur & Iftar - “Saya Tak Pernah Jemu”

Saiful Apek

Pelawak, Saiful Apek berkongsi rutin pemakanan unik yang diamalkannya untuk kekal bertenaga sepanjang bulan Ramadan.

Ujar pemilik nama Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff itu, dia menjadikan makanan seperti bubur lambuk, buah kurma dan air kosong sebagai juadah untuk bersahur dan berbuka puasa.

Kongsinya, rutin tersebut telah diterapkan dalam dirinya sejak kecil ketika duduk bersama keluarga angkatnya.

“Saya memang tak pernah pergi bazar sebab saya memang daripada kecil dilatih oleh keluarga angkat saya, berbuka dan bersahur dengan bubur lambuk, kurma dan air panas.

“Mungkin dah sebati dengan saya sejak dulu lagi jadi, saya tak gaduhlah nak pergi bazar atau teringin nak makan apa-apa.

“Yang paling penting bubur lambuk itu adalah yang dimasak di rumah atau di masjid. Saya pernah juga kirim daripada orang untuk beli bubur lambuk di bazar tapi saya rasa macam dia overdo dan terlampau mewah.

“Jadi memang begitulah rutin pemakanan saya hari-hari sepanjang bulan puasa,” katanya kepada Gempak.

Tambah pelakon Cicakman itu, rutin tersebut sedikit sebanyak mengajarnya tentang erti sebenar bulan Ramadan iaitu mengelakkan pembaziran.

“Memang itulah diet saya untuk bulan puasa. Dia bukan saja dari segi kesihatan tapi saya kekal bertenaga pada waktu siang.

“Lagi satu macam kalau kata satu hari di bulan biasa, ni contoh ya… saya belanja untuk makan RM30. Tapi bila bulan puasa dia tak jadi RM60 atau RM50. Dia jadi RM10. Dia jadi satu pertiga.

“Jadi, saya rasa sesuailah dengan konsep Ramadan tu sebenarnya. Sebab kita tahu Ramadan adalah bulan yang paling banyak berlakunya pembaziran," tambahnya lagi.

Ditanya mengenai situasi sekiranya perlu menghadiri majlis berbuka puasa, Apek memaklumkan dia akan menetapkan syarat bagi memastikan rutin pemakanannya dapat dikekalkan.

"Sebab itu saya elak untuk hadiri event ataupun saya kenakan satu syarat. Saya cakap kena ada bubur lambuk ataupun saya bawa saya punya bubur lambuk sendiri.

“Tapi dia kadang-kadang jadi tak best, saya jadi awkward. Tapi disebabkan saya duta kepada sebuah badan bukan kerajaan (NGO), kadang-kadang memang kena berbuka dengan golongan asnaf dan anak-anak yatim. Saya jadi risau sebab diorang risaukan saya. Padahal itu memang rutin saya,” katanya lagi.

Berkongsi lanjut, Apek memaklumkan dia tidak pernah berasa jemu memandangkan rutin tersebut hanya diamalkannya selama sebulan sepanjang Ramadan.

“Saya tak jemu sebab pada saya konteks dia sama macam kalau kita ada isteri tak jemu ke tengok isteri kita hari-hari? Contoh. Kalau nak cerita konteks jemu.

“Ini adalah istiqamah sebenarnya... dia sebenarnya satu ujian jugalah untuk kita bila Ramadan ini sebab kadang-kadang saya tengok dia jadi pesta makan sebenarnya.

“Jadi kalau tanya, saya tak jemu sebab saya rasa macam sebulan saja makan benda ini. Saya rasa dia macam momen tau jadi bila nak dekat Ramadan saya akan teruja,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

V'ASIA KURMA MEDJOOL AL AQSA

V'ASIA KURMA MEDJOOL AL AQSA

Sampul Raya 5pcs

Sampul Raya 5pcs

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Must-Watch Video

Advertisement