,
Big Stage S4

Pengsan, Ajoi Negatif COVID-19 & Sihat Sebelum Buat Persembahan! Rupanya Kadar Degupan Jantung...

Gempak
27/02/2022
23:00 MYT
Salah seorang peserta Big Stage, Ajoi Rahman dikejarkan ke hospital di Putrajaya selepas pengsan setelah selesai membuat persembahan pada minggu keempat pertandingan program realiti nyanyian tersebut, malam tadi.
Menurut Penerbit Penyelaras Big Stage 2022 Mohd Noor Firdaus Mahadi, pasukan paramedik telah bertindak melakukan pertolongan cemas.
Jelasnya, hasil pemeriksaan awal mendapati kadar degupan jantung berserta tekanan darah Ajoi agak tinggi.
"Ajoi pengsan di belakang pentas selepas membuat persembahan tadi dan telah mendapatkan rawatan awal dari paramedik sebelum dikejarkan ke hospital.
"Kita dapat tahu heart rate dan blood pressure dia agak tinggi, so kita tak sure kondisi dia bagaimana.
"Petang tadi dia kelihatan sihat dan tidak memaklumkan dirinya mengalami sebarang masalah kesihatan. Dia tidak demam," ujarnya pada sidang media yang diadakan sejurus tamat pertandingan mingguan.
Firdaus Mahadi juga menambah Ajoi telah menjalani ujian Covid-19 dan menunjukkan dirinya bebas daripada virus tersebut.
"Tadi pun Ajoi ada lakukan test COVID-19 dan ia negatif," katanya lagi.
Turut menegaskan, setiap peserta atau kru produksi tidak dibenarkan hadir ke kawasan kompaun sekiranya mengadu mengalami sakit tekak, batuk atau demam.
Terdahulu Ajoi diberikan rawatan awal daripada pasukan perubatan di Dewan Putra A, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Sebelumnya, Ajoi mengalami sedikit masalah down atau semangat terganggu sebelum membuat persembahan.
Malah penyanyi muda tersebut mengaku kepada para juri dan penonton dirinya sedikit tertekan, namun perasaan tersebut beransur hilang selepas dia mendendangkan lagu Jangan Khianati Aku milik Azlan & The Typewriter.
"Saya down sikit sebelum menyanyi tadi. Tapi sekarang sudah semakin okay," kata Ajoi saat ditanya oleh hos, Alif Satar.
Big Stage 2022 yang berlangsung untuk minggu keempat menyaksikan peserta Tuah Adzmi tersingkir dan salah seorang peserta iaitu Sofeaa Marieyla tidak membuat persembahan.
BACA: Big Stage 2022: Tuah Adzmi Tersingkir, Syafinaz Komen; "Nyanyian Awak Tak Best!"
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

gempak
16/09/2024
02:22 MYT
Pengarah Datuk Yusof Haslam menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya Syamsul Yusof kembali berjodohan dengan Puteri Sarah.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
Berita

Long Weekend! 2.2 Juta Kenderaan Keluar Ibu Kota, Lebih Tinggi Dari Cuti Hari Raya

gempak
15/09/2024
14:56 MYT
Peningkatan trafik yang tinggi berikutan pergerakan kenderaan keluar daripada ibu kota sempena cuti panjang dilaporkan lebih meningkat berbanding musim perayaan.
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.