Berita
"Penjara Tu Bukan Hukuman, Tapi Pengajaran" - Peminat Beri Kata-Kata Semangat Pada Diana Danielle
Peminat kepada pelakon Datin Diana Danielle tampil memberikan kata-kata semangat selepas suaminya, Datuk Farid Kamil dihukum penjara sembilan bulan dan diperintah berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam.
Menerusi ruangan komen di Instagram (IG) Diana, rata-rata berharap agar dia tabah menempuhi ujian ini dan reda dalam menjaga anak-anaknya apabila ketiadaan suami.
"@yatiekas: Takpe @dianadanielleb. 9 bulan tu pejam celik jer. Sekejap je. Lagipun kalau tak ada masalah apa-apa, konfom boleh kuar awal. Saya sekeluarga dah merasa. Lebih 2 tahun. Sekejap je. InsyaAllah dia akan jadi manusia lebih baik. Penjara tu bukan hukuman, tapi pengajaran."
"@najihahainaannurasyfa:Semoga sis @dianadanielleb tabah saya tetap sayang sis dan family ada hikmah disebalik semua ni sis."
"@honeymoon_sleepwear:Sabar puan. Insyallah ada hikmah di balik apa yang terjadi. Semoga puan tabah menghadapi dugaan. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. I feel you."
"@azreennnnnnnn_: Biasa orang yang keluar dari penjara nilahh yang jadi lebih baik dari kita semua. Ini ujian dia. Ujian untuk anak-anak dia. Kita tak tahu macam mana ujiannya esok lusa."
"@Azreel: Semoga terus kuat dalam membesarkan anak-anak tanpa suami di sisi selama 9 bulan. Terus menjaga amanah Allah itu."
Pada Rabu, Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor memerintahkan Farid Kamil Zahari dihukum penjara sembilan bulan dan berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun selepas didapati bersalah menggunakan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC) Januari tahun lalu.
Dalam prosiding itu, mahkamah juga tidak membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman.
Berikutan itu Farid Kamil akan dibawa ke Penjara Kajang dan hukuman penjara itu diperintah bermula tarikh sabitan iaitu semalam (Rabu).
Must-Watch Video