Laman Utama
Perang Dengan Chef Wan, Shikin Maembong Dituduh Menantu Neraka & Mulut Senget - "Korang Bagi Pahala Free Kat Saya"
Susulan daripada perang antara bekas mentua, Datuk Chef Wan, Shikin Maembong terus mendapat kecaman daripada netizen.
Selain komen-komen sarkastik di Instagram, Shikin turut menerima kecaman dan dihambur kata-kata negatif daripada warganet menerusi kiriman mesej langsung.
Selain menghina fizikalnya, kakak kepada Emma Maembong itu turut dipanggil menantu neraka.
"Menantu dari neraka," tulis seorang pengguna menerusi kiriman mesej langsung.
"Cara kau cakap pun orang tahu kau menipu! Dahlah mulut senget!," tulis pula individu lain.
"Bulu mata pun palsu. Kalut nak bergaduh dengan pak mentua," tambah pengguna lain pula seperti yang dikongsikan Shikin di Instagram.
Tenang berdepan dengan kecaman, Shikin tampil meluahkan rasa hatinya menerusi kemaskini Instagram Storiesnya semalam.
"Kelakar tengok ramai DM dan komen kat gambar saya, body shaming, hina rupa saya, siap maki bagai. Apalah, korang bagi pahala free kat saya.
"Alhamdulillah.. walau saya buruk macam ini pun, janji saya happy. Syukur atas pemberian Allah.
"Saya tahu awak semua perfect, tak macam saya buruk. Jealous I," tulisnya.
Isu antara Shikin dan Chef Wan tercetus apabila cef selebriti popular itu menerima writ saman dari bekas menantunya bernilai RM1 juta.
Sebelum itu, Chef Wan menegur Shikin secara terbuka gara-gara pertelingkahan dengan bekas suami, Chef Riz berhubung soal anak mereka, Putri Arianna Natasya, 7.
Tampil membuka kisah sebenar, Chef Wan memberitahu pernah menaja kos perkahwinan bekas menantunya dan anaknya, Chef Riz beberapa tahun lalu. Hal itu bagaimanapun dinafikan oleh Shikin.
Must-Watch Video