Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang individu didakwa melakukan perbuatan sihir di platform TikTok.

BERITA TRENDING: Termakan Daging Babi Tak Sengaja, Apa Hukumnya & Apa Perlu Buat?

Apa yang lebih menyeramkan, menerusi entri singkat itu dapat dilihat individu berkenaan menggunakan beberapa keping gambar orang yang tidak dikenali sebagai bahan untuk aktiviti sihir berikut.

Selamba Post Konten Sihir

Posting itu dikongsikan semula di Platform X di mana seorang pengguna aplikasi berikut menyatakan kerisauan apabila rata-rata penonton video tersebut meninggalkan komen seolah-olah menormalisasikan perbuatan syirik berkenaan.

BERITA TRENDING: Satu Keluarga Didakwa Terlibat Ketagihan Gam? Netizen Zahir Simpati: "Hisap Gam Sebab Nak Tahan Lapar"


“Benda syirik macam ni pun lepas masuk konten dekat TikTok. Komen semua macam tak tahu hukum hakam,” getus pengguna itu.

"Tahun 2024 masih ada yang main benda syirik ni...

Kenyataan itu disokong warganet di mana majoriti mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dalam melakukan perkongsian gambar di media sosial.

“Hati-hati semua. Sekarang nak post gambar pun bahaya. Ada yang dengki, ada yang tak puas hati. Tahun 2024 masih ada yang main benda syirik ni,”

“Sebab itu lah kurang post gambar dekat media sosial ni, tahu-tahu benda merepek ni akan jadi. Moga dijauhkan,”

“Salah satu sebab kenapa aku tak pernah post gambar kat media sosial terutamanya muka tak ada guna apa-apa filter.”

BERITA TRENDING: Minum Ubat Batuk Cap Ibu & Anak Untuk Jaga Vokal, Perkongsian Zayn Malik Curi Perhatian Netizen Malaysia

Sekadar info, setakat artikel ini ditulis perkongsian itu meraih lebih 100,000 tontonan di Platform X.