Penyanyi Fynn Jamal berpendapat sekolah sebenar bermula dari rumah.

Justeru, Fynn berniat untuk menyekolahkan kedua-dua anak angkatnya, Bakti Arjuna Fitri dan Sakti Kenchana Fitri di rumah.

Menurut penyanyi yang pernah popular dengan lagu Arjuna Beta itu, bersekolah di rumah tidak bermakna menghalang anak-anaknya belajar bersosial.

“Sekolah bermula dari rumah dan kalau kata kesian nanti anak tak reti bersosial — ternyata engkau tak pernah jumpa Sakti dan Juna.

“Juna pernah peluk uncle India gelandangan, kot. tiberr. Sakti— tak payah ceritalah. Nyonya pasar pun dia boleh berbual pasal birds. hahaha..

“Bersosial ni atas kehendak.. Kau pergi sekolah hari-hari pun kalau orang kiri kanan tak tercapai brainwave dengan kau— rasa malas nak borak, kan?” tulisnya.

Fynn berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, dia memuat naik meja belajar di sudut bilik di rumahnya yang seolah-olah menunjukkan ruang belajar anaknya di rumah.

Pun begitu, Fynn berkata dia tidak mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menyekolahkan anaknya di rumah kerana bimbang tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya.

“Aku memang kalau boleh nak homeschool anak-anak aku. Cuma secara jujurnya, aku tak seratus peratus confident dan takut tak bagi seluruh komitmen.

“Tak apa, ada lima tahun lagi untuk aku prep diri aku or at least cari guru-guru homeschool sekitar aku..

"Buat masa sekarang—schooling starts from home; dan my kinda school is main main main main dan main.. hahahahahahah.(pastu kemas kemas kemas kemas dgn tangisan)(sebab sorang-sorang)” katanya lagi.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata bersetuju dengan pendapatnya serta menyokongnya untuk menyekolahkan anaknya di rumah sahaja.

Fynn atau nama sebenarnya Affina Yanti Jamalludin telah mendirikan rumah tangga dengan Hazrilfitri Hadzir pada tahun 2010.

sekolah bermula dari rumah. dan kalau kata kesian nanti anak tak reti bersosial— ternyata ngko tak pernah jumpa sakti dan juna. . juna pernah peluk uncle india gelandangan, kot. tiberr. sakti— takyah cerita la. nyonya pasar pun dia boleh berbual pasal birds. hahaha. . bersosial ni atas kehendak. . kau gi sekolah hari2 pun kalau orang kiri kanan tak tercapai brainwave dgn kau— rasa malas nak borak, kan? . aku mmg kalau boleh nak homeschool anak2 aku. cuma secara jujurnya, aku tak seratus peratus kompiden dan takut tak bagi seluruh komitmen. xpe. ada 5 tahun lagi utk aku prep diri aku— or at least cari guru2 homeschool sekitar aku. . buat masa sekarang— schooling starts from home; dan my kinda school is main main main main dan main. . hahaahahahah. (pastu kemas kemas kemas kemas dgn tangisan) (sebab sorang2) . hashtag enjoyramai2sedihsorang2

A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on