BERITA
Perkenal Nama Anak, Raja Farah Bakal Dedah Wajah Bayi Genap Sebulan
Pelakon Raja Farah mengumumkan nama anak kedua yang diberi nama Ilham Iskandar.
Farah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya besertakan sekeping foto tanpa mendedahkan wajahnya.
Menurut Farah, wajah bayi lelakinya yang lahir 7 April lalu itu akan diperkenalkan selepas genap usianya sebulan.
“Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t.
“This is to annouce the name of our 2nd son.. Ilham Bin Iskandar..
“Semoga ilham menjadi anak yg Soleh, anak yg Baik Hati, yg bijaksana, menghormati mama & abah, org2 tua serta semua disekeliling kamu..semoga ilham sentiasa dimurahkan rezeki....Semoga ilham sentiasa berjaya didunia & akhirat..Aminnn...
“Anyway, gambar adik ilham kami hold dulu k? InsyaAllah..genap umurnya 1 bulan, kami akan kongsi kan gambar wajah anakanda tercinta ini..thank you semua diatas doa yg baik2...,” tulisnya.
Rata-rata pengikutnya tidak sabar untuk melihat wajah bayinya itu.
Raja Farah dan Iskandar berkahwin pada 6 September 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata Imran, 3 tahun.
View this post on InstagramA post shared by Mama to Imran & Ilham Iskandar (@rajafarahraziz) on
Must-Watch Video