Astro Ceria dan EGG Network tampil dengan program terbaru iaitu Generasi Gamerz yang akan menemui anda tidak lama lagi.

Menarik tentang program ini, anda akan menyaksikan pertembungan generasi di antara gamerz dan selebriti yang akan bersaing dalam permainan e-sukan baru, bersama dengan ibu bapa mereka!

Dua selebriti gamerz akan bekerjasama dengan ibu bapa mereka untuk bertanding dalam cabaran permainan video popular seperti Mobile Legends, FIFA20 dan banyak lagi.

Ini merupakan perlawanan keluarga yang belum pernah anda tonton sebelum ini, sudah semestinya anda akan menyaksikan gamerz yang menang dan tewas.

Dihoskan oleh Isha Norsham, Generasi Gamerz menampilkan barisan pelakon yang cukup sinonim dengan Astro Ceria seperti Fikry Kiki, Wafiy Aan, Erissa Puteri dan Mia Sara.

Program yang akan bersiaran dalam lima episod ini akan mula ditayangkan pada 13 November 2020, setiap Jumaat, pukul 9.00 malam di Astro Ceria (611) dan EGG Network (800).

Ia juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go, Astro PVR atau Ultra Box. Ketahui lebih lanjut menerusi http://onelink.to/freeastrogoapp! #JomKitaOnAstro.