Laman Utama

“Pernah Ada Rancangan Kolaborasi Dengan Artis, Tapi Tak Jadi Sebab…” - Sofyank

Izwan Isa
08/10/2021
08:20 MYT
Pempengaruh dan penyunting video popular di media sosial, Sofyank, mendedahkan yang dia pernah merancang untuk berkolaborasi dengan beberapa orang artis tempatan.
Namun, disebabkan kekangan pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perancangan tersebut terpaksa dilupakan untuk seketika.
“Sejujurnya, saya dan team pernah ada rancangan untuk berkolaborasi dan menghasilkan video dengan selebriti Malaysia. Tetapi, disebabkan PKP, hasrat tersebut terpaksa dilupakan buat seketika.
“Sementara itu, kami memberi fokus pada sepenuhnya kerja-kerja menyunting dan menerima tawaran kerja atau projek daripada syarikat-syarikat lain. Kami tidak boleh memilih memandangkan semuanya sedang struggle. Jadi, kami terima dan buat sehabis baik,” katanya kepada Gempak.
Melanjutkan bicara, Sofyank atau nama sebenarnya, Mohamad Sofian Abdullah, 25, kini sibuk menyiapkan sebuah projek terbesarnya untuk siaran YouTube.
“Selalunya, saya bekerja dalam kumpulan yang terdiri daripada lima orang sahaja. Namun, untuk projek kali ini, ia melibatkan seramai 20 orang karyawan dan sekitar 40 hari untuk disiapkan.
“Projek ini merupakan sebuah projek filem pendek. Namun, saya tidak boleh kongsi dengan lebih lanjut mengenainya. Insya-Allah, kami akan umumkan mengenai pelancarannya kelak,” ujar Sofyank lagi.
BACA: Pamer Aksi Tak Sesuai & Berbahaya Dalam Video Masak Pankek, Sofyank Mohon Maaf
Dalam pada itu, Sofyank turut melahirkan rasa bersyukur kerana tercalon menerusi Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME 2021) untuk kategori Influencer MeleTOP.
“Tahun lepas, saya ada tercalon tetapi nasib tidak menyelebelahi saya. Namun, saya bersyukur kerana nama saya sekali lagi termasuk dalam senarai TOP 20 AME 2021. Alhamdulillah, pihak Astro memandang bakat saya,” katanya.
Untuk rekod, Sofyank pernah bertemu dengan idolanya, penyunting tersohor Zach King pada 2019. Selain itu, hasil kerjanya juga mendapat perhatian aktor tersohor Hollywood, Will Smith.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Universal Music Malaysia & Alternate Records Kini Jadi Rakan Strategik, Pacu Revolusi Muzik Tempatan!

gempak
15/07/2024
18:00 MYT
Dua ‘label’ berkolaborasi menjadi rakan strategik pemasaran muzik tempatan! Gabungan antara syarikat rakaman muzik tempatan Alternate Records dan syarikat rakaman bertaraf antarabangsa, Universal Music Malaysia dijangka membawa revolusi dalam landskap muzik tempatan dan bakal membuka peluang baharu untuk artis-artis tempatan untuk meluaskan pengaru
Gaya Hidup

Kecoh Mahalini ‘Buat Hidung’,  4 Artis Indonesia Ini Hampir Tidak Dikenali Lepas Buat Pembedahan Plastik

gempak
10/07/2024
07:51 MYT
Dunia hiburan Indonesia sedang heboh dengan penampilan baharu Mahalini yang didakwa melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidungnya.
Hiburan

Azharina Didiagnosis Hidap Kanser, Bakal Dibedah - “Kalau Sakit Tentulah Saya Akan…”

gempak
26/06/2024
08:55 MYT
Penyanyi Azharina Azhar, 39, mendedahkan dia menghidap kanser bagaimanapun masih belum dapat berkongsi lebih lanjut mengenai penyakit yang dihidapinya.
Hiburan

Kenang Memori Nenek Anggun Berkebaya, Ini Cerita Di Sebalik Rekaan Kebaya Fan Bingbing Di Melaka!

gempak
26/06/2024
05:55 MYT
Bagi setiap pereka fesyen tempatan, peluang untuk mencipta nama di persada antarabangsa tentu sekali menjadi sesuatu yang cukup diimpikan.
Hiburan

Artis Tak Muncul Buat Persembahan, Peminat Bakar Pentas!

gempak
26/06/2024
04:24 MYT
Berang kerana menunggu terlalu lama bagi menyaksikan persembahan artis, sebuah konsert di sini berakhir huru-hara apabila peminat bertindak membakar pentas.