,
The Masked Singer

Pernah Dua Kali Gugur, Anak Yana Samsudin Orang Pertama Tahu Pasal Kandungan

Zulaikha Yusof
14/10/2020
05:15 MYT
Pelakon dan penyanyi Yana Samsudin mendedahkan anak lelakinya, Aisy Mateen adalah individu pertama yang mengetahui tentang berita kehamilannya.
Ketika dihubungi Gempak, Yana, 36, berkata Mateen pernah bertanyakan mengenai baby ketika hari sambutan ulang tahun perkahwinannya kali kelima pada bulan Februari lalu.
BACA: "Jom Kita Berdoa Lagi, Minta Baby" - Fadzil, Yana Samsudin Berdoa Nak Tambah Anak Sempena Anniversary Ke-5!
"Masa sambutan hari ulang perkahwinan saya dan Fadzil, Mateen ada sekali. Mateen ada cakap dekat saya, 'mummy ada baby eh' sambil dia tepuk perut.
"Dia tanya juga dah jumpa doktor ke? Saya cakap dah. Saya dengan yakin jawab sebab masa tu saya baru habis period.
"Bila kira-kira balik dengan tarikh dijangka bersalin tu, masa tu saya memang dah mengandung," katanya.
Sementara itu, pelakon filem Bini-Biniku Gangster menyatakan dia sudah dua kali mengalami keguguran.
"Sebenarnya saya dah dua kali tak jadi (gugur). Ada yang sembilan minggu dan ada 12 minggu.
"Masa sambutan tu saya dalam pemantauan doktor. Itu yang tak terfikir langsung saya hamil," katanya lagi.
BACA: Yana Samsudin Hamil 8 Bulan, Bakal Timang Anak Ke-2
Fadzil dan Yana mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Aisy Mateen yang kini berusia empat tahun.
Dalam perkembangan terkini, pemilik nama Norliana Samsudin merupakan peserta ketiga tersingkir dalam program The Masked Singer Malaysia.
BACA: "Juri Kalah Sebab Tak Dapat Teka" - Penonton Gembira ABC Adalah Yana Samsudin Dalam The Masked Singer Malaysia
The Masked Singer Malaysia yang dibawakan oleh SK magic dan Oppo selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) iaitu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.
Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Isu Kematian Pencipta Kandungan Akibat Buli Siber, Fahmi Fadzil Luah Rasa Kecewa

gempak
08/07/2024
06:55 MYT
Kematian seorang pencipta kandungan TikTok, yang dikatakan dibuli di platform media sosial mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Hiburan

Sedih Tengok Keadaan Anak Yana Samsudin, Garu Leher Sampai Berdarah - “Bukan Eczema Tau…”

gempak
18/06/2024
09:55 MYT
Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat keadaan bayinya yang mengalami masalah kulit yang teruk sehingga menggaru sampai berdarah.
Hiburan

Yana Samsudin Selamat Bersalin, Terharu Suami Buat Kejutan - “Dia Nak Saya Berehat, Tak Terfikir Akan Berpantang Di…”

gempak
12/01/2024
03:00 MYT
Bestnya suami bagi kejutan macam ni lepas bersalin.
Laman Utama

Alahan Teruk, Yana Samsudin Kini Hamil 6 Bulan - "Saya Diuji Dengan Influenza A Ketika ..."

gempak
21/10/2023
01:00 MYT
Yana Samsudin pernah keguguran tiga kali.
Laman Utama

"Pasu Tu Bukan Di Tangan Saya, Tiba-Tiba Terhempas & Pecah" - Yana Samsudin

gempak
17/04/2023
07:54 MYT
Yana pun cedera kena serpihan pasu pecah.
BorakSeeni