,
Laman Utama

"Pernah Hulur Mikrofon, Penonton Krik-Krik" - Heedan Mohd Tak Putus Asa, Lancar Lagu Kedua Judul Amarahmu

Amri Hassan
22/02/2023
07:45 MYT
Penyanyi baharu Heedan Mohd mendedahkan pernah berdepan situasi 'memalukan' apabila nyanyiannya tidak disambut oleh audiens ketika membuat persembahan di sebuah acara beberapa tahun lalu.
Bagaimanapun, jelas Heedan atau nama sebenarnya Nik Shahidan Nik Mohamad, 22, hal seumpama itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus mengorak langkah dalam industri seni.
"Saya pernah berdepan situasi bilamana orang tak support pun ketika saya menyanyi. Kita hulur mikrofon orang tak nak sambut, tak nak menyanyi bersama-sama. Padahal saya yakin ramai yang tahu nyanyi lagu itu.
"Memang rasa sangat malu ketika itu, mereka tak nak nyanyi. Krik-krik! Ketika itu baru nak panaskan pentas, tapi kalau orang tak support, kita pun tak ada mood nak sambung nyanyi kan. Kalau jumpa crowd macam tu, teruskan sajalah walaupun sedih," ujarnya kepada Gempak.
Heedan ditemui pada majlis pelancaran single keduanya berjudul Amarahmu di Red Box Karaoke The Gardens, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Lima tahun bergelar penyanyi, kata anak kelahiran Kelantan itu, dia pernah ragu-ragu ketika mengambil keputusan untuk melancarkan single ciptaan bersama Knight Cydeen itu.
"Kali terakhir saya keluarkan lagu pada tahun 2019, ingatkan orang dah lupakan saya tapi tak sangka masih ada yang menantikan karya saya. Lagu ini pun pernah nyanyikan dulu, ada yang menunggu dan suka dengan lagu ini.
"Namun sangkaan meleset, pemintaan itu masih lagi ada. Jadi sebab itulah saya memberanikan diri. Malah ada yang menantikan bila saya akan lancarkan lagu ini sebab saya pernah nyanyikan Amarahmu di media sosial, jadi ada yang tunggu.
"Syukur dengan penerimaan yang baik dan sehingga kini, muzik video lagu tersebut juga sudah pun ditonton hampir 80,000 kali selepas dimuat naik awal Februari lalu. Saya pencapaian yang positif saya kira bagi pendatang baharu seperti saya.
"Pada saya, Amarahmu mempunyai kekuatan dari segi melodi dan bait lirik dengan susunan melodi yang boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat.
"Lagu ini disiapkan pada tahun 2020 ketika negara melalui fasa pandemik PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)," tambahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Hiburan

“Dulu Orang Tak Terima Bakat Saya Sebab Tak Cantik & Gemuk” - Nadeera Kenang 13 Tahun Perjalanan Karier Seni, Syukur Sekarang Ramai ‘Buka Mata’

gempak
20/11/2024
01:30 MYT
Penyanyi Nadeera mengakui terkenangkan perit jerih perjalanan karier seninya 13 tahun lalu yang tidak diterima sesetengah pihak gara-gara sering dicerca.
Hiburan

Adira Suhaimi Kongsi Ciri-Ciri Suami Harapan, Tak Kisah Soal Sekufu – “Tak Semesti Dua-Dua Kaya, Yang Penting…”

gempak
19/11/2024
21:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Adira berkongsi ciri-ciri suami yang diharapkannya sekiranya kembali berumah tangga.
Hiburan

Enam Bulan Menikah, Rizky Febian Mengaku Tak Daftar Perkahwinan

gempak
19/11/2024
14:00 MYT
Penyanyi Rizky Febian mengaku tidak mendaftarkan perkahwinan bersama Mahalini meski sudah enam bulan menjadi suami isteri.
Unitar