Nama Leona Azhar kembali menjadi bualan netizen, bukan kerana isu bekas kekasihnya yang didakwa dirampas oleh pencipta kandungan dan pempengaruh Cupcake Aisyah, tetapi pencapaian lamanya yang ‘dikorek’ kembali oleh pengguna media sosial.

BERITA TRENDING: Isu 'Sailang' Bekas Kekasih BFF, Cupcake Aisyah Akhirnya Bersuara! - "Saya Tak Pernah Jalinkan Hubungan Dengan…




Menerusi platform X, ramai dalam kalangan netizen terkesima dengan pencapaian Leona, yang bukan sahaja aktif mengikuti badan beruniform Pandu Puteri dan Pengakap sejak zaman persekolahan, namun, dia juga pernah meraih anugerah dan pengiktirafan menerusi penglibatannya itu.



Menerusi ruangan hantaran semula, banyak pujian diberikan kepada anak pelakon Azhar Sulaiman itu. Antaranya:







Tidak hanya itu, Azhar Sulaiman turut memuat naik kembali pencapaian Leona di Instagram dan menasihati anaknya supaya menjadi contoh yang baik kepada pelajar-pelajar di sekolah.