Laman Utama
Pernah Sangsi Tentang Vaksin, Lufya Rupa-Rupanya Dah Selesai 2 Dos Bulan Lepas - "Sebelum Pergi Makan ..."
Pelakon dan penyanyi Lufya mengakui pernah berasa sangsi dengan keberkesanan vaksin COVID-19 apabila ia mula-mula diperkenalkan.
Jelas Lufya, bagaimanapun pandangannya berubah apabila kerap membuat kajian dan tidak bertindak atas kepentingan diri semata-mata.
"Selesai dos kedua, dah lama sebenarnya. Bulan lepas lagi, rezeki saya bukan sebab “kayangan”.
"Jujurnya pada awal-awal vaksin ni keluar saya ada doubt (sapa tak sangsi bende baru kan?) tapi bila kita buka minda, kaji baik buruk kita harus buat sesuatu bukan untuk kepentingan dan ikut perasaan kita sahaja, kena fikir orang lain juga.
"Semua orang nak keluar hidup bebas seperti biasa, bekerja cari rezeki untuk diri sendiri dan keluarga.
"Negara lain dah hidup macam biasa. Kesian rakyat kita nak keje pun susah," katanya.
Selain pengambilan vaksin, Lufya turut berpesan kepada pengikutnya agar mengambil langkah-langkah awal dengan memperbanyakkan minum air dan pengambilan vitamin dari sayur atau buah-buahan.
"Kalau dapat panggilan vaksin ni pergilah. Sebelum pergi minum air banyak-banyak, makan madu perah lemon, buah-buahan dan sayur-sayuran insya-Allah sihat tak ada sakit atau lemah pun.
"Cucuk pun tak sakit rasa gigit semut je. Haura gigit jari mummy lagi sakit.
"Pergi la vaksin yang belum register tolongla register. Kedegilan dan sifat ignorance kita buat orang lain marah dan sengsara. Hentikanlah buat sesuatu untuk kepentingan kita bersama," pesannya.
Must-Watch Video