Laman Utama

“Pernah Saya Kategorikan Sebagai ‘Sampah’” – Yonnyboi Tak Sangka Menang Album Terbaik AIM23

gempak
Shahrin Zulkifle
12/09/2022
12:00 MYT
Sponsor Banner
“Pernah Saya Kategorikan Sebagai ‘Sampah’” – Yonnyboi Tak Sangka Menang Album Terbaik AIM23
Penyanyi RAP Yonnyboi tidak menyangka album Deluxe Version yang menghimpunkan beberapa lagu yang pernah dianggap ‘sampah’ suatu ketika dahulu telah diangkat menjadi pemenang album terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke 23.
Menurut Yonnyboi, dia pernah mengetepikan dahulu proses pembikinan album tersebut kerana mahu memberikan fokus kepada sebuah lagu terbaharunya ketika itu.
Malah, tujuan asal album itu dibikin hanyalah sekadar ‘suka-suka’ sahaja.
“Pada awalnya saya buat album tersebut hanyalah untuk suka-suka, sebenarnya lagu-lagu yang ada dalam album itu pernah saya kategorikan sebagai ‘sampah’ dan saya ketepikan dahulu sebabnya nak berikan fokus pada satu single terbaharu saya ketika itu.
“Kemudian pihak pengurusan minta saya siapkan semula lagu-lagu yang diketepikan itu untuk diletakkan dalam album, saya pun teruskan kerja-kerja yang tertangguh itu.
“Tempoh untuk lengkapkan album tersebut saya kira mengambil masa lebih kurang dua bulan macam itu, sangat sekejap dan inilah album terpantas yang pernah saya buat.
“Saya buat untuk suka-suka, tidak meletakkan sasaran pun untuk album ini dalam fikiran saya. Saya dan rakan-rakan buat ‘main-main’ sahaja ikut apa yang kami mahu dan sama sekali tidak menyangka dengan kemenangan yang diberikan kepada saya pada malam ini,” katanya kepada Gempak usai dia menerima anugerah tersebut pada acara itu.
Selaku pememang album terbaik menerusi album Deluxe Version, Yonnyboi berjaya menerima insentif Dana Kandungan Digital (DKD) berjumlah RM200,00 yang disalurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (K-KOMN).
Tambah pelantun lagu Salahku itu, kemenangan tersebut bakal menjadi asbab untuk dia bekerja lebih keras lagi dan terus menghasilkan karya seni yang berkualiti.
“Bagi saya setiap karyawan di dalam industri seni muzik layak untuk mengetengahkan hasil seni mereka kerana tiada yang mustahil, semua boleh mencipta ‘sesuatu’, semua mempunyai keunikkan tersendiri.
“Untuk muzik itu sendiri adalah satu tugas yang diamahkan untuk saya dan saya memandang serius tentang itu, bagaimanapun untuk saya muzik adalah tempat untuk bergembira
“Sebab kalau kerja sahaja tanpa rasa seronok itu akan membuatkan saya tertekan, jadi selepas ini tanggungjawab adalah terus menghasilkan karya yang lebih baik dan dengan kemenangan ini saya dapatkan buktikan setiap usaha pasti akan peroleh sesuatu kejayaan,” tambahnya.
Sementara itu, acara kemuncak yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam pada Ahad turut menyaksikan lagu Goodbye Hello nyanyian Syamel dan Ernie Zakri dinobatkan sebagai pemenang lagu terbaik serta menerima insentif DKD berjumlah RM50,000.
Selain Yonnyboi, Syamel dan Ernie Zakri, dua lagi kategori yang turut menerima insetif DKD iaitu artis baru terbaik yang dimenangi Vaneesa Reynauld serta kategori video muzik terbaik menerusi lagu Gatal nyanyian Janna nick dengan masing-masing membawa pulang wang berjumlah RM50,000 dan RM20,000.
AIM23 telah dihoskan oleh Sherry Alhadad, Awal Ashari dan Azad Jasmin yang bersiaran langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live