Laman Utama
Perniagaan ‘Sakit’ Ketika PKP, Altimet Tetap Balas Jasa Pada Frontliners
Penyanyi Altimet akui perniagaan restorannnya merosot ketika Perintah Kawalan Pergerakan kedua (PKP2.0) sehingga dia hampir putus asa dan mahu menutupnya.
Bagaimanapun Altimet berkata dia percaya ia merupakan konsep perniagaan yang harus dihadapinya.
“Naik turun, pasang suruh tu lumrah dalam berniaga. Semenjak mula PKP2.0 ni terus terang cakap perniagaan aku ‘sakit’.
“Café @makan.buzz ni sales nak cecah 3 angka sehari pun struggle, walaupun lokasi menarik.
“Sampai larut malam bincang dengan partner, nak tutup sementara ke, tutup terus ke, nak bertahan. Nak bertahan tu susah, tapi nak tutup terus rasa mcm lagi susah.
“Kami percaya konsep perniagaan kami ni boleh pergi jauh. So selagi boleh, kami akan bertahan. Thanks semua yang support selama ni. Thanks semua vendor yang stock barang-barang sedap kat sini. Repeat after me, there’s only one rule; I Will Not Lose,” katanya.
Altimet berkongsi perkara tersebut pada minggu lalu di akaun Instagram miliknya.
Terbaharu, Altimet memberitahu perniagaannya kembali sedikit pulih selepas ada pihak yang menempah makanan buat anggota barisan hadapan atau frontliners.
Seiring dengan itu, Altimet juga turut membantu bersama mengumpul dana untuk menyumbangkan makanan buat frontliners lain.
“Semalam ada beberapa orang order 90 pack pasta dari kami @makan.buzz dan minta hantar ke frontliners. Berpeluh jugak lah nak prep.
“Ni 30 pack kami hantar ke HKL (Hospital Kuala Lumpur). Tu je sempat masak dari pagi sampai tengahari. Sabtu ni 30 lagi. Harap frontliners bersabar ya, stock pasta habis.
“Siapa nak join usaha kami ni, DM @makan.buzz,” katanya lagi.
Menerusi entri tersebut, Altimet memuat naik fotonya bersama makanan yang disumbangkan.
Must-Watch Video