Sukan

Persatuan Badminton Indonesia Mohon Maaf Kematian Pemain China

gempak
Awani
02/07/2024
06:24 MYT
Sponsor Banner
Persatuan Badminton Indonesia Mohon Maaf Kematian Pemain China
Persatuan Badminton Indonesia (PBSI) memohon maaf di atas kematian pemain muda China, Zhang Zhi Jie, 17, selepas rebah semasa perlawanan di Kejohanan Badminton Remaja Asia (AJC) 2024 di Dewan Sukan Amongrogo, Indonesia, Ahad lalu.

BERITA TRENDING: Pemain Badminton China Rebah, Meninggal Dunia Ketika Game Lawan Jepun

BERITA TRENDING: Kakak Pemain Badminton Zhang Zhi Jie Luah Rasa Kecewa Dengan Pemergian Adik - “Pasukan Perubatan Tiba Lambat”

BERITA TRENDING: Pernah Menjuarai Pelbagai Pertandingan, Ini Profil Zhang Zhi Jie, Pemain Badminton China Yang Meninggal Dunia

Sehubungan itu, PBSI mengambil sepenuhnya tanggungjawab dengan menguruskan penghantaran pulang mayat pemain itu ke negara kelahirannya.
“Kami menghargai pasukan lain termasuk China, atas semangat kesukanan mereka dalam meneruskan perlawanan walaupun dalam kesedihan yang mendalam,” kata jurucakap AJC, Broto Happy.
Bagi mengelak kejadian serupa, jawatankuasa penganjur bercadang menghantar surat kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berhubung peraturan pasukan perubatan.
Menurut Broto, peraturan semasa memerlukan pasukan perubatan menunggu panggilan daripada pengadil sebelum memasuki gelanggang.
"Kami berharap pada masa akan datang, keadaan ini dapat dinilai semula dengan lebih cepat supaya atlet dapat mendapat perhatian segera dan diselamatkan dalam kecemasan seperti itu," kata Broto.
Bagaimanapun, beliau tidak dapat menjelaskan lebih lanjut mengapa pengadil tidak segera membenarkan pasukan perubatan memasuki gelanggang.
“Prosedur operasi standard (SOP) yang kami ikuti adalah betul,” tegasnya.
Beliau mendedahkan kematian Zhi Jie berlaku secara tiba-tiba selepas atlet itu rebah semasa perlawanan menentang Kazuma Kawano dari Jepun pada perlawanan akhir peringkat kumpulan BAJC 2024.
“Apabila menyaksikan kejadian runtuhan itu, pasukan perubatan segera memberikan pertolongan cemas selepas dipanggil pengadil.
“Ini adalah mengikut SOP dan garis panduan untuk kejohanan badminton antarabangsa. Pasukan perubatan menyediakan pertolongan cemas mengikut prosedur,” jelas Broto.

BERITA TRENDING: “Cuba Tanya Mana Tahu Saudara Jauh” - Netizen Terhibur Tengok Rupa Paras Azfar Heri Seiras Aaron Chia

Selepas memberikan pertolongan cemas, doktor kejohanan memutuskan untuk membawa Zhi Jie ke Hospital Tentera Udara Dr S Hardjolukito yang terletak 4.7 km (10 minit) dari Dewan Sukan Amongrogo, seperti yang disyorkan oleh Persekutuan Badminton Asia dan dipersetujui oleh pengadil.
Setibanya di bilik kecemasan Hospital Dr S Hardjolukito, pasukan perubatan segera memberikan rawatan namun, tidak menemui nadi atau pernafasan spontan dan serentak itu, pegawai dari China meminta Zha Zhi Jie dipindahkan ke Hospital Wilayah Dr Sardjito.
Apabila Zha Zhi Jie tiba di Hospital Dr Sardjito, keadaan mendiang masih sama.
"Di Hospital Dr Sardjito, usaha membantu menyelamatkan Zhi Jie diteruskan selama sejam setengah, namun, masih tiada tindak balas," kata Broto.
Selepas menjelaskan keadaan mendiang kepada pegawai dari negara itu, pasukan perubatan menghentikan segala usaha sekitar pukul 11.20 malam waktu tempatan.
Ketika ini, mayat mendiang Zhi Jie masih berada di Hospital Dr Sardjito sementara menanti ketibaan keluarga untuk dihantar pulang.
“Kami akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk proses penghantaran pulang dan memastikan ia selesai dengan lancar,” kata Broto lagi.
Sementara itu, ibu Zhi Jie dilaporkan dimasukkan ke hospital selepas mendengar berita kematian anaknya di BAJC 2024 di Yogyakarta pada Ahad.
Menurut laporan media tempatan, dia sangat terkejut sebaik menerima berita duka itu.
“Ibunya serta-merta jatuh sakit dan tidak dapat menerima berita itu. Keluarga membawanya ke hospital,” ahli keluarga terdekat, yang tidak mahu namanya disiarkan, memberitahu Sina News.
Zhi Jie menduduki tempat ke-8 dunia dalam kategori perseorangan lelaki remaja.
Dia memenangi Kejohanan Remaja Asia B-17 tahun lalu dan memenangi trofi perseorangan lelaki pada kejohanan remaja di Belanda pada Februari. - Awani/Agensi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live