Foto terbaru juara AF Megastar, Idayu yang kelihatan semakin cantik dan langsing menarik perhatian peminatnya.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Idayu telah berkongsi beberapa foto yang menyarungkan busana berwarna hitam dan memperlihatkan dirinya yang kini semakin kurus.

Menerusi ruangan komen, peminat akui gembira dengan perubahan Idayu dan memintanya supaya terus mengekalkan bentuk badannya.

Sementara itu, menerusi perkongsian foto itu Idayu juga memberitahu bakal mengeluarkan single terbarunya tidak lama lagi.

Idayu juga menyatakan rasa syukur dan berterima kasih kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya.

“Apa khabar kesayangan kak Yuyu, semoga anda semua diberi kesihatan yang baik untuk terus mengejar impian dan mengejar kejayaan dunia dan akhirat.

“Kak Yuyu sendiri pun masih berusaha keras, walaupun secara perlahan-lahan tapi kak Yuyu sentiasa bahagia kerana ada sokongan dari anda semua di belakang kak Yuyu… Thank you so much,” tulisnya.

Foto: Instagram @idayuofficial