Bintang Gegar Vaganza (GV) 7, Ashira megucapkan rasa syukur kerana mendapat kedudukan di tangga kedua pada konsert kelima yang berlangsung pada Ahad.

Ashira menerusi posting di akaun Instagramnya bagaimanapun memberitahu tidak akan terleka dengan keputusan itu dan akan terus memberikan yang terbaik.

“Syukur… Alhamdullillah segala puji-pujian hanya bagi Allah SWT. Terima kasih semua yang mendoakan Shira.

“Terima kasih semua yang bertungkus-lumus bekerjasama demi menyempurnakan persembahan Shira di minggu ke-5.

“Insya-Allah Shira tidak akan leka dengan kedudukan dan akan terus berusaha berikan yang terbaik. Sayang korang semua,” tulisnya.

Assalamualaikum syukur Alhamdullillah segala puji pujian hanya bagi Allah SWT. Thank you semua yg mendoakan shira. Tq semua yg bertungkus Lumus bekerjasama demi menyempurnakan persembahan shira di Minggu ke 5. Insyaallah shira tidak akan leka dgn kedudukan smlm dan akan terus berusaha berikan yg terbaik. Syg korang semua ❤️ ❤️ ?- @jimmycouture ??‍♀️ - @amankhal ? - @iamothongdanish18 HairCare- @dedesyahputra_85 Management - @indigitalmusic Manager - @wati_missalteve PR - @mr_alteve FC- @ashirawarriors #indigitalmusic #ashiragv7 #ashiraaziz #ashirawarriors #gv7week5 #yangterindahhanyasementara #know2Arrived #marasuaramembara #kitajagakita #gvjagasemua #astro #cuckooHealthyHome #digi #farmfresh #adabi #powercat #sinarfm #barulahOn

A post shared by AshiraGV7 (@ashiraaziz) on


BACA: GV7: Nomad Jadi Topik Hangat Netizen! Ini Recap & Komen Juri Minggu Kelima!

Dalam pada itu, menerusi konsert kelima juga Ashira atau nama sebenarnya, Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 35, berkongsi perasaan gembira dapat bertemu dengan anaknya.

Momen istimewa itu dikongsi menerusi tayangan video yang disiarkan ketika siaran langsung GV7 pada malam Ahad.

BACA: Astro Temukan Ashira Dengan Anak, Dapat Tajaan Tempat Tinggal

Terdahulu, Ashira yang menyampaikan lagu berjudul Yang Terindah Hanyalah Sementara berada di tangga kedua dengan jumlah markah sebanyak 73.60%.

BACA: Nomad Tinggalkan Pentas GV7, 18% Perbezaan Markah Dengan Yantzen!

BACA: Corat-Coret GV7: Lupa Lirik, Lari Tempo... Tok Ram Tak Ada Komen Nak Bagi Nomad

Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.