Hiburan

Pertama Kali Sertai Politik, Once Mekel ‘Minta Bantuan’ Rakyat Indonesia Di Malaysia Undi Dirinya

Maliah Surip
11/02/2024
04:33 MYT
Pilihan Raya Indonesia atau lebih dikenali sebagai Pemilu oleh rakyat tempatan akan berlangsung pada 14 Februari ini.

BERITA TRENDING: Kris Dayanti, Marcell & Once Antara Calon Pilhan Raya Indonesia 2024

Seperti diketahui umum, ramai dalam kalangan selebriti tempatan yang ‘terjun’ ke bidang politik sejak bertahun lamanya.
Untuk Pemilu 2024, salah seorang selebriti yang ikut bertanding adalah vokalis Once Mekel atau nama sebenarnya, Elfonda Mekel.
Mantan penyanyi kumpulan Dewa 19 itu merupakan calon Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) yang mewakili kawasan Daerah Khas Ibukota (DKI) Jakarta II meliputi Jakarta Selatan serta Jakarta Pusat.
Merupakan calon nombor 2 dari PDIP, Once, 53, juga mengharapkan undian daripada warganegara Indonesia yang berada di Malaysia bagi membantu dirinya memberikan khidmat kepada masyarakat apabila terpilih sebagai salah seorang ahli politik kelak.
Pemegang Ijazah Jurusan Undang-Undang dari Universiti Indonesia ini mengatakan dirinya sudah lama tertarik dengan bidang politik.
“Sebenarnya saya dari dahulu memang suka politik. Masyarakat perlu peka sebab hal-hal mengenai pekerjaan, kesihatan, pendidikan dan yang berkaitan dengan itu bergantung pada hal yang dibicarakan dalam bidang ini (politik),” ujar Once seperti dilapork JPNN tidak lama dulu.
Selain Once, seramai 125 calon yang bertanding di daerah DKI Jakarta II, termasuk selebriti, bekas menteri, ahli akademik dan pemimpin parti politik.
Tempoh kempen keseluruhan bermula pada 28 November tahun lalu dan akan berakhir pada 10 Februari dengan hari mengundi dijadualkan pada 14 Februari.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Juicy Luicy Teruja Pertama Kali Datang KL Sempena Malam Galau Kuala Lumpur - "Pastinya Banyak Perancangan Kami..."

gempak
25/07/2024
15:44 MYT
Pertama kali hadir ke Kuala Lumpur, band pop jazz berasal dari Bandung, Indonesia, Juicy Luicy akui teruja.
Viral

Lepas Tabur Abu Dali Wassink Di Pantai, Isteri Beri Sebab Majlis Tahlil Arwah Diadakan Di Rumah Anak Yatim

gempak
24/07/2024
00:55 MYT
Selepas ‘menaburkan’ abu jenazah suami, Dali Wassink di Pantai Lembeng, Gianyar, Bali pada Ahad lalu, pelakon Jennifer Coppen kini meneruskan hidup sebagai ibu tunggal bersama anak perempuannya, Kamari.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.
Viral

Penceramah Dakwa Boleh Bercakap Dengan Semut Mohon Maaf

gempak
22/07/2024
13:50 MYT
Seorang penceramah agama yang berasal dari Jawa Barat tampil memohon maaf selepas ceramah yang disampaikannya mengundang kontroversi.
Hiburan

Rossa Sudah Siapkan Surat Wasiat Kematian: “Supaya Keluarga Yang Masih Hidup…”

gempak
19/07/2024
11:55 MYT
Penyanyi Rossa mengaku sudah menyiapkan wasiat yang selalu diperbaharui buat seluruh ahli keluarganya yang terdekat.