Berita

Pesawat Sriwijaya Air Terhempas; Berikut Kronologi & Fakta Ringkas Bawa 62 Penumpang...

gempak
Maliah Surip
09/01/2021
23:36 MYT
Sponsor Banner
Pesawat Sriwijaya Air Terhempas; Berikut Kronologi & Fakta Ringkas Bawa 62 Penumpang...
Khabar duka datang dari negara jiran kita, Indonesia apabila sebuah pesawat komersial dari Sriwijaya Air dilaporkan terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta, semalam.
Berita sedih itu disahkan oleh Menteri Perhubungan Indonesia, Budi Karya Sumadi dalam siaran media menerusi webinar malam tadi, seperti dipetik dari BERNAMA.
Berikut rangkuman kronologi dan fakta ringkas mengenai insiden tersebut;
1. 62 penumpang semuanya dengan total penumpang 50 orang, bersama 12 kru yang terdiri dari 43 dewasa, 7 anak-anak, 3 bayi.
2. Pesawat yang terhempas merupakan siri Boeing 737-500 dengan perjalanan Jakarta-Pontianak. Nombor penerbangan pesawat adalah SJ 182. Ia berusia sekitar 26 tahun dan dibuat pada tahun 1994 dengan boleh memuatkan kapasiti 140 penumpang.
3. Pesawat dilaporkan terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta,jam 2.36 petang waktu Indonesia Barat. Kontak terakhir pesawat itu dengan menara kawalan udara adalah pada jam 2.40 petang waktu Indonesia Timur.
4. Menurut Direktor Utama Sriwijaya Air Jeff, Jauwena pesawat SJ182 sempat tertunda selama 30 minit sebelum berlepas kerana hujan lebat dan cuaca buruk. "Pesawat ini tertunda 30 minit kerana hujan lebat sebelum berlepas dari Bandara Soekarno-Hatta," katanya seperti dipetik dari Kompas.com.
5. Pesawat dipercayai terhempas di sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang, di kawasan perairan Kepulauan Seribu.
6. Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengesahkan tiada rakyat Malaysia di dalam pesawat yang terhempas itu.
7. Para nelayan adalah antara yang pertama menemukan bukti pesawat yang hilang dari radar petang semalam ini terhempas. Mereka antaranya menemukan serpihan pesawat, cebisan daging termasuk rambut dan pakaian.
8. Kerja kerja mencari mangsa nahas masih giat dijalankan dengan Indonesia menghantar tim penyelamat terbaik termasuk pasukan elit dari unit selam untuk menemukan semua penumpang malang yang terlibat.
Sumber: Pelbagai Kredit Foto: CNNIndonesia (Ilustrasi Pesawat Sriwijaya Air)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live