Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, meluahkan rasa terharu apabila tiket konsert yang diberi nama Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza habis terjual dalam tempoh dua jam.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Siti atau lebih mesra dipanggil sebagai Tokti mengucapkan rasa seakan-akan tidak percaya kerana tiket konsertnya laris dijual dalam tempoh yang singkat.

BERITA TRENDING: Siti Nurhaliza Cipta Dua Rekod Dalam Masa Satu Hari, Memang Mega!

“Sedang kami bermesyuarat petang tadi, pihak KL ticketing hubungi untuk memaklumkan tiket ke Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza sudah habis dijual. Terharu, tidak percaya dan sebak,” tulisnya.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)



Dalam pada itu, Tokti juga mendedahkan tujuan utama konsert itu diadakan adalah untuk Yayasan Nurjiwa yang bermatlamat memberi bantuan kebajikan, kemanusiaan, agama, pendidikan dan bantuan Palestin.

“Ini adalah usaha dan kelangsungan daripada apa yang telah, sedang dan bakal Yayasan Nurjiwa lakukan.

“Kami ada misi yang besar untuk terus beramal dan membantu masyarakat dan tentunya apa yang anda sumbangkan menerusi persembahan ini adalah ke arah semua kerja amal dan kebajikan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sekadar info, Selasa lalu Tokti mengumumkan Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza bakal diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 9 Mac 2024.

Tiket konsert berkenaan telah mula dijual pada Khamis pukul 2 petang dengan serendah RM129 hingga RM799.

Sumber: Instagram