Viral
Pilu, Sayu! Diri Sendiri Daif, Kelibat Nenek Bongkok Tiga Bersedekah Jentik Hati Ramai - "Mungkin Ini Wali Allah"
Kelibat seorang wanita tua bongkok tiga menghulurkan derma kepada lelaki buta dan warga emas di kaki lima disifatkan netizen berhati mulia.
BERITA BERKAITAN:Rujuk Riena Diana Hal Agama, Keith Foo Seronok Bersedekah & Dengar Ceramah Untuk Ilmu Baharu - “Saya Tanya Dia Apa Yang…”
BERITA BERKAITAN:Disangka OKU, Lelaki Sanggup Berlakon Kurang Upaya Untuk Raih Simpati Bila Berniaga
BERITA BERKAITAN:Disangka OKU, Lelaki Sanggup Berlakon Kurang Upaya Untuk Raih Simpati Bila Berniaga
BERITA BERKAITAN:Wonda Coffee Keluang Man Of The Month: Sedekahkan Makanan Untuk Gelandangan, Abbe Hae Dipilih Juara Edisi Ogos! - "Semuanya Kerana Allah"
Menerusi sepotong video yang dikongsikan di TikTok milik @clrarissa20, wanita dermawan itu dilihat mengeluarkan nota wang ringgit untuk didermakan kepada individu yang duduk di tangga sebuah kawasan yang tidak dinyatakan lokasinya.
Tulis pengguna pengguna lain @rahmadannes; "Mungkinkah beliau ini wali Allah."
Lebih pilu apabila wanita tua itu sendiri dalam keadaan serba kekurangan, daif dan memakai baju yang terkoyak pada bahagian belakangnya.
"Di saat kita mengeluh dengan kekurangan rezeki yang ada, tengoklah mereka," tulis seorang pengguna.
"Inilah orang kaya sebenar. Kaya hati kaya di mata Allah. Moga nenek ni sehat selalu,"
"Tengok je nenek ni terus terbayang macam mana laa kehidupan dia sehari hari, dengan siapa nenek ni tinggal, makan minum dia siapa yang jaga, selesa ke dia nak tidur dalam keadaan macam tu ??"
"Aku sebagai yng sempurna aku malu dengan diri aku sendiri."
"Kasihan bajunya koyak, sesiapa boleh bagi baju pada dia?" demikian tulis beberapa pengguna lain.
Meninjau ruangan komen video berkenaan, nenek itu dilihat sering berada di medan selera Seksyen 14 Petaling Jaya.
Must-Watch Video