Kejayaan merangkul emas di Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang selepas menewaskan junior senegara, Sivasangari Subramaniam merupakan sesuatu yang sangat bermakna buat ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David.

Ia merupakan hadiah ulang tahun kelahirannya ke-35 yang terindah bagi Nicol.

Nicol menang 3-2 dalam aksi final perseorangan wanita yang berlangsung Stadium Skuasy Gelora Bung Karno, Jakarta.

It was a big fight to beat Sangari to win the gold medal. And I am so happy to have a win here! Well done @sivasangari_ on such an inspirational performance. Onto our team events today! And thank you for all your wonderful birthday greetings, and wishes & cheers. I am touched, encouraged and inspired ? #AsianGames2018 #squash #individualwomenfinals #birthdaygold #malaysianfinals ? SRAM

A post shared by Nicol David (@nicoldsquash) on

Namun ia tidak diperoleh dengan mudah apabila diberi tentangan sengit daripada pelapisnya berusia 19 tahun itu.

Sivasangari pada mulanya ketinggalan 5-8 sebelum mengikat Nicol 10-10 seterusnya mengungguli set pertama 13-11.

Saingan sengit diteruskan di set kedua tetapi Nicol bangkit untuk menang 11-9, dan Sivasangari tidak mudah tunduk kepada idolanya itu untuk menang set ketiga 11-5.

Pengalaman memisahkan persembahan kedua-dua atlet negara itu, Nicol tenang mengutip mata demi mata untuk menyamakan kembali kedudukan, memenangi set keempat 11-6 dan meneruskan rentak untuk mengesahkan keunggulannya selaku pemain kesembilan dunia dengan memenangi set penentuan 11-8.

Biarpun tewas, Sivasangari cukup membanggakan dengan pingat perak pada penampilan pertamanya di temasya Sukan Asia.

Sumber: Awani