Beberapa keping gambar yang dimuat naik Erma Fatima di Instagram beliau sebelum ini sedikit mengelirukan segelintir peminat.

Gambar tersebut memaparkan beliau memakai pingat di dada dan ramai netizen menyangka Erma telah dianugerahkan dengan gelaran Dato'.

Terbaru Erma memuat naik sekeping lagi gambar untuk memberikan penjelasan tentang gambar-gambar sebelumnya.

"Salam.. Saya ingin memberi sedikit pencerahan di sini. Gambar saya upload sebelum ini ramai yang menyangka saya dapat pingat Dato.

Salam..sy ingin memberi sedikit pencerahan disini. Gambar sy upload sblm ini ramai yg menyangka sy dapat pingat Dato. Sukacita d maklumkan bahawa pingat yg sy pakai di dada itu sy dapat beberapa tahun yg lalu dari Yang Di Pertuan Agung. Majlis hari ini mewajibkn memakai pingat yg pernah di perolehi sblm ini. Sy belum layak mendapat gelaran Dato jadi jgn silap sangka. ???

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on


"Sukacita dimaklumkan bahawa pingat yang saya pakai di dada itu sya dapat beberapa tahun yang lalu dari Yang DiPertuan Agong," jelas Erma.

Dia memberitahu, majlis yang dihadirinya mewajibkan beliau memakai pingat yang pernah diperolehi sebelum ini.

"Saya belum layak mendapat gelaran Dato jadi jangan silap sangka," pesan Erma lagi.