Laman Utama

Polis Sahkan Terima Laporan Zarina Anjoulie, Kertas Siasatan Dibuka

gempak
Gempak
01/07/2021
23:09 MYT
Sponsor Banner
Polis Sahkan Terima Laporan Zarina Anjoulie, Kertas Siasatan Dibuka
Polis mengesahkan menerima laporan daripada selebriti sensasi, Zarina Anjoulie yang didakwa bakal mengambil tindakan saman terhadap seorang anggota polis wanita.
Ia susulan tindakan yang dilakukan individu tersebut mengenai tahanan polis yang dipercayai membabitkan dirinya baru-baru ini.
Tanpa memaklumkan bila dan di mana laporan itu dibuat, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, siasatan akan dilakukan pihaknya berhubung dakwaan Zarina itu.
“Kami ada menerima laporan berkait fakta isu ini dan siasatan dijalankan,” katanya ringkas menerusi WhatsApp kepada Utusan Malaysia.
Menerusi perkongsian di Instagram (yang sudah dipadam), Zarina juga akan menentang secara habis-habisan berhubungan dengan isu berkenaan.
“Alhamdulillah report polis dah buat kepada anggota polis wanita berkenaan.
"Selepas siasatan saya akan mengambil tindakan menyaman anggota tersebut. Buat masa ini saya tidak akan dedah identitinya tetapi kalau sampai di mahkamah nanti orang akan tahu siapa.
“Dimanakah integriti kamu sebagai seorang anggota polis wanita? Saya bimbang adakah nanti orang lain akan kena senasib dengan saya juga? “Saya takkan berdiam diri saya akan viral kan habis habisan sampai saya dapat keadilan yang saya deserve.
“Memandangkan anggota ni nak viral nak glamour, saya akan kasi dia viral dia idamkan” katanya.
BACA: “Di Manakah Integriti Kamu” - Zarina Anjoulie Ambil Tindakan, Nekad Mahu Saman Anggota Polis?
Terdahulu, media melaporkan seorang selebriti wanita ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Kampung Chalet, Nilai, semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, wanita berusia 34 tahun itu ditahan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang membuat serbuan di rumah berkenaan.
Katanya, suspek diberi jaminan polis selepas selesai memberi keterangan.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Biarpun pihak polis tidak mendedahkan identiti selebriti tersebut, rata-rata netizen membuat andaian bahawa individu berkenaan ialah Zarina.
BACA: Live Instagram Dengan Zarina Anjoulie, Zoey Rahman Diasak Soalan Netizen - "Anju Memang Ambil Dadah Ke?"
Sumber: Utusan Malaysia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live