Polis Pulau Pinang telah menahan seorang lelaki yang bertindak memberi minuman keras kepada bayi berusia lima bulan selepas rakaman video tersebut tular di media sosial sejak Selasa.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, lelaki yang juga bapa bayi berkenaan ditahan sepasukan polis di Teluk Bahang pada pukul 1.30 tengah hari Selasa.
Beliau berkata, lelaki berusia 19 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan berkenaan rakaman tersebut.
Siasatan polis mendapati lelaki itu mempunyai 14 rekod jenayah lampau dan juga orang pengawasan polis (OPP) di kawasan Teluk Bahang.
Katanya, setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1988.
Kamarul Rizal berkata, permohonan reman ke atas lelaki itu akan dibuat di Mahkamah Majistret Balik Pulau untuk siasatan lanjut. manakala bayi berkenaan juga telah dirujuk ke Hospital Balik Pulau untuk rawatan lanjut.
Terdahulu Ketua Pergerakan Anti Arak Murah Malaysia, David Marshel membuat laporan polis selepas melihat rakaman video seorang lelaki memberi minuman tin dipercayai arak kepada seorang bayi.
Rakaman berkenaan tular di media sosial hari ini sehingga menimbulkan kemarahan banyak pihak.
Video berdurasi 30 saat itu menunjukkan seorang lelaki yang sedang memangku bayi dan memberinya minuman keras itu dari tin yang tertera jenama arak tersebut. Insiden itu didakwa berlaku di sebuah flat di Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Amri Hassan
Tue Jun 22 2021


GV10: Jaga-Jaga Juara, Bukan 5 Tapi 6 Peserta Hot Seat Ini Memang Fighter
Wow!

GV10: Peserta Pilihan Peminat, Liza Hanim Lengkapkan Hot Seat All Stars Gegar Vaganza
Memang mengejutkan!

GV10: Paling Legend! Zamani Bakal Buat Peserta All Stars Gegar Vaganza ‘Kerja Kuat’
Goodluck!

GV10: Ezad Lazim Diumum Peserta Ke-4 Hot Seat All Stars Gegar Vaganza
All the best!

GV10: Memang Sengit! Nikki Palikat Ikut Lolos Hot Seat All Stars Gegar Vaganza
Tahniah!

GV10: Suki Low Tepati Ramalan Masuk All Stars Gegar Vaganza Melalui Hot Seat
Pilihan tepat!

GV10: Jadi Peserta Hot Seat Pertama, Tomok Tak Simpan Taring
Wah memang power!

Jihan Muse Is Back! GV Bergegar Dengan 3 Hos Unggul ; Nabil & Elly Mazlein
Jihan Muse is back!

Umur Sudah 70, Hulk Hogan Kahwin Lagi
Bekas bintang WWE, Hulk Hogan dilaporkan selamat berkahwin dengan kekasihnya, Sky Daily dalam sebuah majlis kecil yang berlangsung di Clearwater, Florida.

GV10: “Semoga Terus Cemerlang, All The Best Adikku” - Bahang Kian Terasa! Anuar Dan Ziana Zain Pun Dah Wish Noryn Aziz
Wah Ziana dan Anuar Zain pun beri sokongan tau.