Sebuah kejadian tragis dilaporkan berlaku di Lampung Tengah, Indonesia pada hujung minggu lalu.

Seorang anggota polis, Ahmad Karnain meninggal dunia setelah ditembak oleh sahabatnya yang juga merupakan penjawat awam di kediamannya.

Mengikut laporan Detik.com, Ahmad Karnain ditembak Rudi Suryanto di ruang tamu kediamannya sekitar pukul 12.30 malam. Rudi kemudian dapat ditangkap tiga jam setelah insiden tersebut berlaku.

Setelah sesi soal siasat dilakukan, Rudi mengatakan nekad membunuh rakannya kerana dendam.

“Sewaktu kejadian (tembak) dilakukan, Rudi berada dalam keadaan waras. Dia adalah tetamu yang datang ke rumah Ahmad Karnain dan menembak arwah di bahagian ruang tamu kediaman tersebut.

“Setakat yang diselidiki, Rudi melakukan pembunuhan atas motif dendam kerana mangsa sering membuka aib atau keburukannya dan keluarga kepada teman teman lain di grup WhatsApp.

“Ini termasuklah kisah isteri suspek selalu lambat membayar duit arisan (duit kutu) secara online,” jelas Kabid Humas Polda Lampung Kombes Zahwani Pandra Arsyad.

Zahwani juga mengatakan akan terus menjalankan peyelidikan dan mencari jika ada motif selain dendam dan tidak suka kisah isterinya lambat membayar ‘duit kutu’ disebarkan.

Duit kutu atau duit arisan memang sering dilakukan dalam kalangan sahabat atau mereka yang memerlukan duit secara segera atau mengikut giliran selepas menambung bersama sama.