Pilihan Raya Negeri 2023 (PRN2023) bakal diadakan esok. Sebanyak enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Tentu banyak persediaan dilakukan oleh pengundi yang terlibat, termasuk pulang ke kampung halaman atau tempat di mana nama masing-masing berdaftar untuk mengundi.

Namun, jangan lupa untuk membuat semakan lokasi mengundi anda - bimbang jika server laman web menjadi ‘berat’ jika terlalu ramai pengundi melayari pada saat-saat akhir pada hari pengundian.

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat semakan lokasi pusat mengundi:

1. Layari portal mysprsemak.spr.gov.my

2. Tekan pilihan semakan daftar pemilih

3. Isikan nombor kad pengenalan anda

4. Semak maklumat peribadi dan kawasan pendaftaran anda



Selamat mengundi!

BACA: PRU15: Che Ta Geram Jumpa Ramai Pekerja Kedai Tak Keluar Mengundi, Majikan Dipersalahkan; “Buta Perut Punya Boss!”​