Penangguhan itu diputuskan panel hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin.
“Kita tangguh kes ini untuk hujahan lanjut pihak Pendakwaan. Mahkamah akan tangguhkan kes ini untuk urusan mahkamah, petang ini,” katanya.
Perbicaraan seterusnya akan bersambung pada 17 April 2025.
Advertisement
Turut kelihatan selebriti Bella Astillah yang turut hadir memberi sokongan kepada Syed Saddiq.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Amira Aisya Abdul Aziz yang juga pemangku Presiden Muda sebagai tanda sokongan kepada bekas Presiden parti berkenaan.
Syed Saddiq sebelum ini disabitkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, serta denda RM10 juta atas empat pertuduhan pecah amanah, salah guna harta, dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
Prosiding rayuan ini merupakan peringkat kedua pengadilan. Sekiranya didapati bersalah, Syed Saddiq masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan.
Bagaimanapun, jika panel hakim mendapati keputusan Mahkamah Tinggi tidak dapat dikekalkan, beliau akan dibebaskan serta-merta daripada pertuduhan berkenaan.
BERITA BERKAITAN: "Saya Hadir Sebagai Seorang Sahabat" - Bella Astillah
BERITA BERKAITAN: Bella Astillah Terima Kejutan Sempena Hari Jadi, Netizen Fokus Tengok Kek - “Ada Perkataan Grumpy Munchkin Mesti Dari Syed Saddiq”
BERITA BERKAITAN: Bella Hadir Sokong Syed Saddiq Di Mahkamah
Sumber: Awani