Terbaharu, tular sepotong video memaparkan pelakon dan penyanyi Bella Astillah menerima kejutan hari jadi ketika berbuka puasa bersama keluarga Syed Saddiq.
Menerusi video tersebut, memeparkan momen Bella meniup dan memotong kek yang bertuliskan ‘Happy Birthday Grumpy Munchkin’.
Tidak lama selepas itu, ibu dua anak itu menerima kejutan hari jadi lagi sekali yang diraikan bersama keluarga dan rakan terdekat termasuk Syed Saddiq.
“Istimewa hari lahir Bella tahun ini, Alhamdulillah semua orang mendoakan kalian.
“Perkataan dekat kek ada tulisan ‘grumpy munchkin’, maksudnya kek itu dari YB.
Terdahulu, Saddiq pernah muncul di dalam video muzik Bella yang berjudul Tapi Bukan Denganmu.
Untuk rekod, Bella Astillah sebelum ini pernah memuat naik hantaran video kerjasamanya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq untuk kempen pakaian sempena Aidilfitri.
Sekadar info, ibu tunggal anak dua itu pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Aliff Aziz tetapi telah bercerai untuk kali kedua pada 13 Jun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna, 5 tahun.