"Kami, first time!" demikian kata-kata serentak pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang akhirnya pertama kali turun membuang undi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.

Berkongsi momen terbabit di Instagram, Hairul dan Hanis turut menunjukkan bukti kedua-dua jari telunjuk mereka kini bercelup dakwat ungu, tanda mereka sudah menunaikan tanggungjawab masing-masing kali ini.



Dalam pada itu, perkongsian pasangan terbabit mendapat pelbagai reaksi warganet yang memuji tindakan mereka.

Malah, ada yang memohon agar tidak lagi mengungkit kisah lama pada PRU14 sekitar lima tahun lalu.

"Akhirnya! Dah, dah... Barang yang lepas jangan dikenang wahai netizen semua.

"Baguslah macam ni. Sebagai selebriti kenalah tunjuk contoh yang terbaik kan...

"Tahniah! Dah selamat menunaikan tanggungjawab untuk negara.

"Punya banyak filem patriotik berlakon nah.. Okeylah tu ada kesedaran," demikian coret beberapa pengguna di Instagram.

Hairul dan Hanis dilaporkan tidak hadir mengundi pada PRU14 yang berlangsung kira kira empat tahun lalu iaitu pada Mei 2018.

Mengakui kesalahan yang dilakukan itu, Hairul menjelaskan alasannya tidak hadir adalah disebabkan tuntutan kerja.

BACA: Hanis Zalikha & Hairul Azreen Mengaku Tak Keluar Mengundi