Laman Utama

PU Amin Tanggung Malu, Instafamous Belum Padam Gambar Seksi

gempak
Amri Hassan
19/04/2021
21:45 MYT
Sponsor Banner
PU Amin Tanggung Malu, Instafamous Belum Padam Gambar Seksi
Instafamous Nadira Isaac masih belum memadamkan foto seksinya bersama pendakwah bebas, PU Amin yang dirakamkan ketika menghadiri sebuah acara pada Sabtu lalu.
Memetik kenyataan PU Amin di Facebook pada Isnin, dia merayu kepada wanita terbabit agar memadamkan foto bersamanya yang dimuat naik di Instagram.
"Saya sudah minta dia padamkan foto tersebut sejak semalam tetapi masih tiada sebarang tindakan dilakukannya," tulis PU Amin.
Bagaimanapun, menerusi Instagram Stories, Nadira memohon maaf ekoran gambar terbabit telah tular di media sosial.
"Maaf atas fitnah. Niat panggil PU untuk meriahkan suasana, tidak sangka pula viral," tulisnya ringkas.
Mengimbas semula situasi sebenar yang berlaku pada majlis terbabit, kata PU Amin dia hanya dijemput untuk membacakan doa dan niatnya demi menyebarkan dakwah dengan cara turun padang.
"Ini peluang untuk menyampaikan dakwah secara berhadapan. Saya tahu kesan fitnahnya besar tetapi kalau bukan waktu itu, bila lagi hendak tazkirah secara berdepan dengan golongan yang saya lawan sebelum ini.
"Saya mohon maaf jika perbuatan saya mengambil gambar itu satu perkara yang memalukan dan mengaibkan.
"Selepas berbuka puasa, saya terus menunaikan solat Maghrib namun, selepas itu saya memang bergegas nak pulang sebab bertugas di masjid berdekatan.
"Penganjur minta nak bergambar. Saya raikan, kerana mahu segera untuk pulang namun, tidak sangka pihak penganjur viralkan foto tersebut tanpa mengetahui tujuannya.
"Akhirnya teruk saya dihentam, difitnah dan dicaci maki pada hari ini. Ramadan baru dalam fasa pertama, namun ujian berat bagi saya," katanya.
Sementara itu, menjelaskan lebih lanjut kepada Utusan Online, kata PU Amin lagi dia tidak menyangka foto tersebut dimanipulasi oleh segelintir pihak hingga menimbulkan aib.
"Betul, pakaian mereka tidak menutup aurat. Tapi tak akanlah bila orang nak bergambar saya nak kata ‘tak boleh, awak ahli neraka’? Samalah juga jika ada golongan mak nyah yang nak bergambar, tak akan saya nak cakap begitu?
"Orang perli dan sindir saya senyum dalam gambar itu. Habis, dah namanya ambil gambar, tak akanlah saya nak buat muka marah pula?
"Pula itu, ada kalangan warganet yang komen itu sengaja jadikan ia bahan perbalahan parti politik pula," jelasnya yang turut berbincang dengan isterinya sebelum menghadiri majlis berkenaan.
Malah, PU Amin turut menyampaikan tazkirah kepada tetamu yang hadir dan menyentuh mengenai pematuhan pakaian, sensitiviti bulan Ramadan dan keampunan Allah yang disambut baik oleh semua yang hadir.
Meninjau ruangan komen di Instagram Nadira sehingga artikel ini ditulis, netizen terus menempelak tindakan pengasas produk itu yang tidak sensitif terhadap cara pemakaian di bulan Ramadan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live