Berita
PU Rahmat Dedah Lelaki Haram Melihat Tubuh Sajat?
Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Rahmat tampil menjelaskan persoalan mengenai hukum melihat tubuh jutawan kosmetik, Nur Sajat jika dia hanya memakai seluar sahaja iaitu sama seperti aurat lelaki biasa.
Persoalan itu tular di media sosial dan PU Rahmat memuat naik paparan skrin pertanyaan tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi kapsyen PU Rahmat telah mendedahkan satu istilah serta hukumnya hasil jawapan yang diberikan oleh Ustaz Syed Shahridzan Ben Agil.
“Jawapan daripada sahabat kami ustaz Syed Shahridzan Ben Agil..
“1) Terdapat istilah bahasa Arab yang dikenali sebagai “Amrad” atau disebut “Rajul Amrad”. Apakah maksud istilah ini? Menurut kitab “al-Qamus al-Muhit” maksud “Amrad” ialah lelaki yang tiada misai dan janggut sama ada dihilang secara sengaja atau semulajadi.
“2) Manakala menurut perbahasan fuqaha’, “Amrad” bermakna lelaki yang tiada janggut dan misai. Amrad juga termasuk lelaki tanpa misai dan janggut yang mana wajahnya seperti wanita. Jadi golongan amrad dalam istilah Alam Melayu amat sesuai dikaitkan golongan mak nyah atau bapok.
“3) Apakah hukum melihat wajah dan aurat golongan mak nyah? Menurut Mazhab Syafi’ie seperti yang dinyatakan oleh Imam Nawawi dalam karangan beliau “Raudah al-Tolibin” bermaksud “Lelaki melihat lelaki hukumnya harus pada keseluruhan badan kecuali di antara pusat dan lutut. Tetapi haram melihat lelaki amrad dan selainnya dengan syahwat.”
“4) Menurut penjelasan Imam Nawawi bahawa haram melihat golongan Amrad samaada muka dan juga tubuh mereka dengan syahwat. Bahkan pengharaman ini tiada khilaf dalam kalangan ulama dari mana-mana mazhab sekali pun.
“Perkara ini dinyatakan di dalam “Mausuah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah” bermaksud “Para ulama fiqh bersepakat ke atas pengharaman melihat wajah Amrad dengan syahwat.”
“Dalam rujukan yang sama dijelaskan juga dalam satu ayat yang bermaksud “Para ulama fiqh bersepakat tentang pengharaman melihat pada Amrad dengan syahwat atau dengan tujuan berlazatan dan menikmati keindahannya. Tiada beza antara Amrad yang comel atau tidak.
“Bahkan telah dinyatakan oleh ulama Mazhab Hanafi dan Syafi’ie bahawa melihat golongan amrad dengan syahwat lebih besar dosanya daripada melihat wanita dengan syahwat kerana ia(amrad) tidak halal sama sekali (untuk golongan lelaki berbanding perempuan),” jelasnya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata jelas dengan jawapan yang diberikan.
Baru-baru ini nama Sajat kembali menjadi perhatian dan kontroversi selepas dia tampil dengan pakaian separuh bogel dan berbikini.
Awal tahun ini, Sajat turut menjadi sebutan ramai selepas berpenampilan wanita ketika menunaikan umrah bersama keluarganya.
Must-Watch Video