Pempengaruh dan usahawan Noor Nabila mencuri perhatian ramai apabila dipercayai membelanjakan sebanyak RM13,510.45 sempena sambutan hari jadi rakan baiknya yang juga pempengaruh, Rosix Omar.
Perkara tersebut dikongsikan Rosix menerusi Instagram Story miliknya apabila memuat naik gambar resit makan malam mereka beserta ucapan penghargaan buat Noor Nabila.
“Thank you Noor Nabila belanja dinner birthday Ocix.
“Semoga hang murah rezeki selalu, dipermudahkan segala urusan, sentiasa happy, sihat dan dikelilingi orang yang baik-baik,” tulisnya.
Rosix turut mendoakan agar rezeki Noor Nabila terus melimpah ruah.
“Moga rezeki hang mengalir macam sungai, tak putus-putus,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen media sosial, ramai netizen meluahkan rasa kagum melihat jumlah bil makan malam tersebut.
“RM13,510.45 untuk birthday Rosix, Noor Nabila belanja. Bestnya jadi kaya macam Noor Nabila, celik mata pun boleh bayar,” tulis seorang pengguna media sosial.

Malah, ada juga yang terkejut melihat harga minuman berkarbonat yang didakwa mencecah sekitar RM20 segelas.
“Mahalnya cola RM20 satu,” komen netizen lain.