Seluruh warga dunia menjadi saksi kepada kejayaan pasukan Argentina apabila berjaya menjulang trofi kejuaraan Piala Dunia Qatar 2022.

Argentina berjaya menewaskan juara bertahan Perancis 4-2 menerusi sepakan penalti selepas saingan akhir terikat 3-3 berikutan masa tambahan di Stadium Lusail.

BACA: Boleh ‘Putus Nyawa’! Mbappe Bikik Hatrik, Tapi Messi Pastikan Argentina Juara Piala Dunia Qatar 2022

Pun begitu, di sebalik pasukan Argentina meraikan kejayaan mereka, tumpuan turut diberikan kepada pasukan Perancis yang terpaksa akur dengan keputusan naib juara.

Paling terkesan ialah penyerang pasukan Perancis iaitu Kylian Mbappe yang begitu sedih dan tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya.

Malah, kesedihan Mbappe turut dirasai oleh peminat bola sepak termasuk pendakwah selebriti PU Haris Ismail.

Menerusi hantaran di Instagram, suami kepada selebriti popular Noor Neelofa itu berkata, Mbappe sudah pun melakukan yang terbaik dan mengakui ketua pasukan Argentina iaitu Messi merupakan pemain yang berkualiti.

“Mr.Pe (Mbappe) takpe semalam dengan izin tuhangame awak main sangat best. Walaupun kita sama sama minat Abe do (Cristiano Ronaldo), terbukti Messi adalah player terbaik,”katanya.

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Dalam masa sama, Haris sempat menitipkan doa buat ketua pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo untuk diberikan hidayah memeluk agama Islam.

“Apa yang boleh kita buat sekarang adalah mendoakan abe Ronaldo masuk Islam Sahaja. Semoga semua kita berjumpa di Syurga,” tulisnya pada kapsyen.

Sementara itu, wargamaya lain turut terhibur apabila Pu Riz memuat naik gambar yang disunting memperlihatkan dia sedang bersalaman dengan Mbappe.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.