Hiburan
Punggah Roti Benggali Tanpa Lapik & Sarung Tangan? Netizen Mula ‘Kembang Tekak’
Sejak semalam dunia media sosial dikejutkan dengan sebuah video yang agak kurang menyenangkan.
Video berdurasi 52 saat itu memaparkan dua orang pekerja sedang memindahkan roti benggali daripada lori ke dalam van.
Namun, apa yang membuatkan ramai berasa loya adalah kedua-dua pekerja tersebut idak memakai sebarang sarung tangan.
Tidak cukup dengan itu, roti tersebut diletakkan secara terus tanpa sebarang pelapik.
Rata-rata netizen dilihat terkejut dengan penularan video tersebut memandangkan roti jenis itu antara yang kerap digunakan untuk membuat roti bakar.
Namun, pada masa sama, ada juga yang meminta supaya tidak membuat sebarang andaian awal kerana kemungkinan kesemua roti tersebut sudah tarikh luput.
Sementara itu menerusi laporan Kosmo, kejadian itu berlaku di negeri ini berdasarkan nombor pendaftaran lori tersebut dan loghat Utara yang digunakan oleh seorang wanita yang membuat rakaman.
Bagaimanapun, lokasi sebenar dan waktu kejadian itu tidak dapat dipastikan.
Sehingga kini tiada sebarang laporan atau pengesahan daripada pihak berkuasa berhubung kejadian itu.Sumber : Twitter, Kosmo
Must-Watch Video