Pelakon Remy Ishak seakan-akan memberikan gambaran mahu mencuba watak dalam pementasan semula Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL2020) yang bakal menemui penonton pada Julai 2020.

Remy berkongsi perkara itu menerusi posting terbaru diakaun Instagramnya semalam.

“Dengar khabar Puan Sri @tiarajacquelina nak buat teater musikal Puteri Gunung Ledang semula, agak-agak ada chance tak?” tulisnya ringkas.

dengar khabar Puan Sri @tiarajacquelina nak buat teater musical Puteri Gunung Ledang semula, agak2 ada chance tak? ?

A post shared by Remy Ishak (@remyishak) on


Posting itu ternyata mendapat sokongan positif peminatnya yang rata-rata menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat Remy menjadi Hang Tuah.

“Wow confirm akak akan pergi tengok kalau Remy berlakon,” komen @yusniza69

“Wah... Lama dah kanda tak masuk teater rindu la pula. Yeayy, go for it kanda. Sultan Melaka!!” komen @rienahwawa

BACA: “Boleh Menyanyi, Menari Tarian Jawa & Bertutur Bahasa Indonesia” – Antara Kriteria Gusti Putri Yang Dicari Tiara Jacquelina Untuk PGL

Terdahulu, Puteri Gunung Ledang merupakan sebuah filem sejarah epik popular pada tahun 2004 yang diarahkan oleh Saw Teong Hin.

Selain Tiara, filem tersebut dibintangi oleh nama-nama besar antaranya Datuk M.Nasir, Adlin Aman Ramli, Sofea Jane dan Khir Rahman.

Ekoran daripada kejayaan filem tersebut, penerbit filem ini kemudiannya menerbitkan teater muzikal yang sama jalan ceritanya pada tahun 2006.