Laman Utama

"Putus Cinta Itu Rasa Sakitnya Seakan Waktu Berhenti" - Mimi Lana

Amri Hassan
01/11/2023
10:48 MYT
Pelakon Mimi Lana menitipkan kata-kata luahan hati berkisar tentang kesakitan putus cinta.
Tulis Mimi di Instagram, perasaan putus cinta itu ibaratnya waktu yang terhenti.
"Putus cinta itu rasa sakitnya seakan waktu berhenti. Hidup di antara ingatan yang lumpuh dan rindu yang membunuh.
"Di sebalik senyuman yang dibalas dalam setiap situasi dan pertanyaan itu memiliki luka di balik kamar yang sunyi," tulisnya.
Sementara itu, Mimi belajar untuk lebih memahami tentang kasih dan sayang dan berpesan kepada yang patah hati untuk tidak berhenti menyayangi.
"Untuk kesekian kali, magis cinta itu belum dapat dirasa tetapi kasih dan sayang Itu sentiasa ada.
"Mungkin Kerana yang maha cinta itu tidak ada, yang ada cuma maha pengasih dan penyayang. Penderitaan manusia juga mulai ketika manusia merasa memiliki. Sakit Itu datangnya dari rasa kita pemilik segalanya.
"Terus terusan refleksi diri dari terus hanyut tanpa arah. Semoga hati hati yang terluka tidak pernah berhenti berkasih sayang walaupun cintanya telah pergi," tambahnya.
Luahan hati Mimi itu dibanjiri titipan semangat daripada rakan selebriti dan peminatnya.
"The best is yet to come. The best for you, whoever he may be. Hugs sayang," tulis Fazura.
"Hugs and kisses for you," tambah Riena Diana dan Nabila Huda.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.
Viral

Lelaki Berpakaian Wanita ‘Kantoi‘ Curi Baju Dalam

gempak
25/07/2024
04:01 MYT
Perbuatan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam di sebuah kawasan kejiranan berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV).
Hiburan

Adidas Mohon Maaf Pada Bella Hadid - "Kami Melakukan Kesilapan Yang Tidak Disengajakan"

gempak
25/07/2024
02:30 MYT
Syarikat pakaian sukan berpangkalan di Jerman, Adidas memohom maaf kepada supermodel terkenal berdarah campuran Palestin, Bella Hadid.