Fenomena The Experts tidak dapat dinafikan apabila kejayaan naskhah tersebut dalam mengungguli jumlah kutipan selain memenangi hati penonton filem-filem tempatan.

Tentulah, selain penonton-penonton di ibu kota, penonton dari Kelantan juga sanggup turun ke Terengganu semata-mata mahu menonton filem yang penuh aksi dan plot twist ini.

Susulan pencapaian memberangsangkan itu, berikut adalah peratusan penonton mengikut negeri seluruh Malaysia:

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)


Negeri Johor menggungguli tangga pertama dengan jumlah tontonan sebanyak 17.9 peratus diikuti negeri Selangor di tangga kedua dengan jumlah penonton iaitu 17.6 peratus.

Manakala Wilayah Persekutuan pula meraih jumlah tontonan ketiga tertinggi dengan 14.2 peratus diikuti negeri Perak dengan 7.3 peratus.

​BERITA TRENDING: Zhafvlog Bergaduh Dengan Netizen Gara-Gara Filem The Experts?

Tiga negeri dengan jumlah tontonan terendah merupakan Melaka, Sabah dan Negeri Sembilan masing-masing dengan peratusan penonton sebanyak 5.2 peratus, 4.3 peratus dan 4.0 peratus.

The Experts diarahkan oleh pengarah Andre Chiew dan Nizam Shah serta menonjolkan persembahan mantap pelakon-pelakon hebat tanah air, seperti Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim dan Michael Ang.

​BERITA TRENDING: Ada Penonton Sanggup Habiskan 8 Jam Demi The Experts! - “Sangat Berbaloi, Pertama Kali Tonton Filem Melayu Hebat!”

Hujung minggu lalu barisan pelakon The Experts, Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana dan Ray Dapdap telah turun ke negeri Johor dan Melaka bagi siri jelajah filem.

Kehadiran mereka telah disambut meriah oleh ratusan peminat dan penonton dari pelbagai latar usia di sana.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air.

Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

Sinopsis:

The Experts menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan.

Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi.

Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau.

BERITA TRENDING: The Experts Raih RM10 Juta! Jadi Pilihan Ramai Di Pawagam

Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga?

​BERITA TRENDING: Ratusan Peminat Hadiri Jelajah The Experts, 7 Pawagam Di Johor & Melaka Gamat Dengan Sokongan Penonton!

Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?