Hiburan

Raih Tempat Ketiga AJL 38, Aina Abdul Tidak Terkilan - "Saya Dah Jangka Hasrat Akan Menang"

gempak
Umirah Halim
04/03/2024
05:00 MYT
Sponsor Banner
Raih Tempat Ketiga AJL 38, Aina Abdul Tidak Terkilan - "Saya Dah Jangka Hasrat Akan Menang"
Penyanyi, Aina Abdul tidak terkilan dengan keputusan juri menobatkannya sebagai tempat ketiga bagi Anugerah Juara Lagu Ke-39 (AJL38) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil semalam.
Menurut Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 30, berkata anugerah kali ini cukup bermakna baginya meskipun tidak dinobatkan sebagai juara kerana AJL kali ini telah disertai dengan pelbagai lagu tempatan yang hebat belaka.
“Saya rasa ini adalah AJL yang saya akan ingat sampai bila bila.
“Sebab tahun ni kita dapat penyertaan lagu pelbagai genre which is sesuatu yang kita perlu raikan untuk Malaysia.
“Kita ada banyak genre malam ini, jadi untuk katakan saya sedih untuk dapat tempat ketiga itu maksudnya saya tidak bersyukur dan defeat the purpose of me writing a song already," katanya.
Tambah Aina lagi, dia juga merupakan peminat bagi lagu ‘Hasrat’ nyanyian Amir Johari yang telah dinobatkan sebagai Juara AJL 38.
“Jadi saya suka semua lagu di AJL ini saya rasa semua lagu ini ada kelebihan masing-masing, tidak sepatutnya bersaing pun.
“Jadi sesiapa pun yang menang malam ini, saya rasa kita semua patut rasa gembira sebaab saya sendiri pun peminat lagu Hasrat.
“Ada orang tanya saya sebelum ini siapa yang saya rasa akan jadi juara dan saya cakap Hasrat sebab walaupun saya ini seorang yang menyanyikan lagu ballad dan lagu tinggi tetapi jiwa saya ini lagu yang seperti lagu Amir Jahari sebab saya datang daripada background sebegitu.
“Sebab cara saya bermula untuk menulis lagu sebelum ini pun dengan gitar jadi kita suka lagu macam ni,” tambahnya lagi.
Pada masa yang sama, apabila disoal mengenai kejayaannya sekali lagi dalam membolot takhta gelaran Vokal Terbaik, Aina turut sempat menitipkan ucapan penghargaan kepada semua guru vokalnya yang telah terlibat sepanjang kariernya di dalam bidang nyanyian.
“Perjalanan seni vokal saya, saya telah berjumpa banyak tenaga pengajar yang akan prep saya daripada permulaan.
“Sebab saya ambil class vokal bermula lepas daripda SPM lagi jadi anugerah ini adalah untuk cikgu-cikgu yang sudah banyak mengajar saya selama ini,” tambahnya.
Aina berkata demikian ketika sesi sidang media khas AJL usai anugerah tersebut melabuhkan tirai.
Kejayaan meraih tempat ketiga, membolehkan Aina Abdul membawa pulang wang tunai RM30,000 berserta trofi.
Aina turut membawa pulang trofi Vokal Terbaik dengan membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.
Selain itu, Aina turut memenangi anugerah Penyanyi Pilihan Alha Alfa oleh penaja utama, Alha Alfa Cosmetics, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.
Pada malam kemuncak itu, Aina telah tewas pada lagu nyanyian dan ciptaan Amir Jahari, Hasrat yang telah dinobatkan sebagai Juara AJL 38 dan Sutera nyanyian Aisha Retno yang telah mendapat Naib Juara.
AJL38 mempertandingkan 12 buah lagu keseluruhan termasuk Jangan Mati Rasa Itu, (Aina Abdul); Santai (Naqiu/Faizal Tahir); Inilah JalanNya (Masdo/Noh Salleh) Darah (Marsha Milan/Naim Daniel dan Firdaus Rahmat) dan banyak lagi.
Anugerah berprestij ini turut membawakan gandingan hos terkenal, Alif Satar dan Sherry AlHadad.

Artikel Berkaitan: “Banyak Masuk Pertandingan Tapi Tak Pernah Ada Nombor Pun…” - Amir Jahari Terkejut Dinobat Juara AJL38

Artikel Berkaitan: Aina Abdul Jadi Akar Pokok, Ada Daun Gugur, Terapung Ke Udara... Ini Makna Tersirat Di Sebalik Persembahan…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live