,
Terkini

Raikan Ramadan Dengan Program Menarik Menerusi IndoPek

Izwan Isa
09/04/2022
11:20 MYT
Tempuhi bulan Ramadan pada tahun ini dengan pelbagai program menarik yang boleh disaksikan secara eksklusif menerusi saluran-saluran hebat IndoPek Astro.
Bagi yang ingin mendalami dan mendengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, jangan lupa saksikan 30 Hari 30 Juz yang disiarkan menerusi Astro Rania HD (112) pada setiap Isnin hingga Ahad pukul 6 petang, atau saksikan secara On Demand bermula 2 April 2022.
Bagi penggemar sinetro Indonesia, jangan lupa saksikan Magic Tasbih yang berkisarkan tentang Mila, seorang gadis yang dipaksa untuk menjadi pencuri. Satu hari, Mila mencuri seutas tasbid dan dia tidak menyedari bahawa tasbih berkenaan mempunyai kuasa istimewa.
Magic Tasbih disiarkan di Astro Rania HD (112) setiap Isnin hingga Jumaat pukul 3 petang atau boleh disaksikan di On Deman bermula 18 April 2022.
Lebih gemarkan telefilem dari Indonesia? Saksikan empat telefilem istimewa yang akan disiarkan setiap Sabtu pukul 1 tengah hari di Astro Aura HD (113).
Judul-judul yang bakal disiarkan adalah Berkah Ramadan Gadis Penjual Dodol (9 April), Ramadan Menyatukan Kembali Keluargaku (16 April), Berkah Ramadan Tukang Sapu Jalanan (23 April) dan Berkah Puasa Penjaga Ternak Ayam Yang Jujur (30 April).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
BorakSeeni