Filem Jebat yang kini sudah mula menemui penonton sejak semalam menerima respons yang cukup baik.

Bukan sahaja dalam kalangan peminat, bahkan rakan-rakan artis juga turut sama memberikan sokongan kepada filem yang menampilkan gandingan pelakon Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose selaku teraju utama.

Di ruangan komen Instagram Sharnaaz dan Nelydia, cukup ramai rakan artis yang mengakui teruja untuk menonton sendiri filem yang mendapat sentuhan pengarah Jamal Khan itu.

"Saya nak tonton sebab awak ada dalam filem ini," komen Fazura.

"Eeee...saya teruja dengan filem ini," balas Mira Filzah.

"Sampai..." komen Nazim Othman.

"Aaaa, Nely tak sabar," tulis pelakon Ika Nabella.






Apa yang pasti, rata-rata mereka menyifatkan gandingan Sharnaaz dan Nelydia sejak drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta cukup serasi.

BACA: Selepas 6 Tahun, Sharnaaz & Nelydia Muncul Lagi! Kali Ini Dalam Versi Filem Jebat

Jebat mengisahkan seorang bekas ketua gangster (lakonan Sharnaaz) yang telah bertaubat dan cuba hidup sebagai orang biasa dengan bekerja sebagai penternak ikan dan berkahwin.

Bagaimanapun, seterunya dalam kumpulan gangster masih mengganggu hidup baharunya.

BACA: Rugi Kalau Tak Tengok! Ini 5 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Jebat

Apapun, jika anda nak ambil 'mood' Jebat, anda boleh layan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Gempak.

Jadi, tunggu apa lagi, jom tonton filem Jebat di Astro First saluran 480 hari ini!

Bagi mendapatkan info terkini mengenai Jebat, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

“Ada Abang, Mas tak makan pun takpe...” Alahai Mas ni manja betul! Min pun boleh cair tau?? JEBAT KINI DI PAWAGAM RUMAH ANDA! Untuk melanggan sila ke Saluran 480, Astro First! Anda juga boleh menonton Bukan Kerana Aku Tak Cinta di gempak.com/video atau di On Demand! @penacreativepictures @khanmancung @nelydiasenrose @sharnaazahmad @peterhughdavis @rahhimo369 @carmen_soo @sangeeta_krishnasamy @theidriskhan @louisaalissachong . #Jebat #FilemJebat #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda #TeamJebat #TeamMastura

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on