Berita
“Ramai Cakap Saya Tak Ikhlas Minta Maaf Tapi…”- Nabil Ahmad Tegur Netizen
Selepas membuat permohonan maaf mewakili rakan artis yang meminta bantuan kerajaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad menerima teguran daripada netizen.
Rata-rata menyifatkan permohonan maaf yang dibuat oleh Nabil tidak ikhlas dan sengaja mempersendakan isu terbabit.
Nabil menerusi akaun Instagram (IG) miliknya sekali lagi tampil menjelaskan keadaan itu.
“Saya faham ramai yang cakap saya tak ikhlas bila mintak maaf tapi korang pon bila menegur nampak tak ikhlasnya. Lebih nak menjatuhkan dari membetulkan.
“Jadi kita ni sama, kita tak suka disakiti tapi kita menyakiti. Saya post video anak saya baca doa tapi korang gunakan kata-kata kesat kat komen.
“Come on guys, we are better than that!! Saya nak jadikan ini post yang last pasal isu artis dengan netizen ni,” katanya.
Nabil turut meminta agar semua menamatkan isu artis minta bantuan tersebut serta lebih memberi perhatian kepada isu yang lebih serius kini iaitu COVID-19
“Saya masih Ahmad Nabil yang despatch dulu, masih sama guys masih susah masih mencari rezeki untuk keluarga. Masih menanggung Mak dan Ayah sama macam korang juga
“Kita move on and sama-sama doa COVID-19 ini berakhir ya. Betul, tak kemana kerjaya artis tanpa sokongan peminat.. Itu reality tapi masing-masing jaga hak masing-masing ya...
“Terima kasih kepada yang menegur cara Islam dan kepada pemilik-pemilik akaun palsu yang diwujudkan hanya untuk bakar line #silameninggal.. Take care guys!” katanya lagi.
Must-Watch Video