Pelakon Nazim Othman mengakui harta yang dimiliki bukanlah segala-galanya dalam kehidupan seseorang.
Menerusi entri di Instagram (IG), Nazim menjelaskan kekayaan yang dimiliki tidak mampu untuk membeli ketenangan dalam diri seseorang.
"Ramai orang nak jadi kaya-raya, tapi ramai yang terlepas pandang bahawa biarpun betapa banyak harta yang kita miliki, ke pelusuk mana pun kita mengembara membawa diri, namun tanpa ketenangan hati, segalanya tidak bermakna.
"Macam mana nak dapatkan ketenangan jiwa awak tanya? Kita semua tau, tapi ramai yang buat-buat tak tau atau alpa.
"We need His guidance to take care of our souls. I’m just as imperfect as You but we could always strive to be better," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Nazim.
Ada juga berharap agar Nazim dapat berkongsi kata-kata inspirasi dan nasihat buat pengikutnya di media sosial.