Berita
"Ramai Yang Kata Saya Sudah Mendapat Hidayah Apabila Bertudung, Namun..." - Ini Komen Lisa Surihani Tentang Imej Berhijab
Pelakon Lisa Surihani berharap agar orang ramai dapat mendoakan dirinya yang kini tampil berhijab selepas pulang daripada mengerjakan umrah baru-baru ini.
Menurut Lisa, doa daripada orang ramai adalah penting buat dirinya yang kini masih berusaha melakukan perubahan.
"Apa yang saya boleh katakan ialah saya minta jasa baik semua, kalau boleh jangan panggil apa yang saya gayakan ini sebagai penampilan ataupun imej.
"Pada masa yang sama, saya berharap agar mereka diluar sana supaya dapat doakan saya supaya Istiqomah.
"Sebenarnya saya mengambil masa bertahun untuk tampil begini dan Alhamdulillah, Allah membuka hati saya untuk melakukan perubahan.
"Mungkin ramai yang kata saya sudah mendapat hidayah apabila bertudung, namun apa yang boleh saya katakan, saya masih mencari hidayah itu.
"Sekarang ini saya masih mencuba dan sebab itu saya perlukan setiap orang untuk mendoakan yang terbaik buat saya," katanya kepada Gempak.
Lisa berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media anjuran Snap Inc, di Restoran Yellow Apron, Petaling Jaya, pada Selasa.
Untuk rekod, Lisa telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Yusry Abd Halim pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua orang anak bernama Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.
Must-Watch Video