Laman Utama

Rancak Berkaraoke, Suami Fatin Afeefa Kena Sindir Dengan Netizen; “Hari Tu Kata Muzik Haram”

gempak
Shahrin Zulkifle
23/02/2023
03:00 MYT
Sponsor Banner
Rancak Berkaraoke, Suami Fatin Afeefa Kena Sindir Dengan Netizen; “Hari Tu Kata Muzik Haram”

Baru-baru ini, suami kepada pelakon Fatin Afeefa, Aliff Awang menyatakan dirinya tidak gemar menghadiri konsert kerana menyifatkan muzik adalah perkara yang haram.

Malah, jelasnya dia hanya gemar mendengar alunan zikir di rumah.

BACA: “Saya Tak Suka Pergi Konsert, Sebab Muzik Haram” - Suami Fatin Afeefa

Namun lain pula ceritanya apabila Fatin menerusi hantaran di TikTok Stories berkongsi video yang memperlihatkan semuanya Aliff atau mesra disapa Opai sedang menyanyi.

Pada hantaran tersebut, Opai dilihat sedang asyik mendendangkan sebuah lagu berjudul Aku Yang Tersakiti nyanyian asal penyanyi dari Indonesia, Judika.

Video tersebut kemudian dirakam dan dimuat naik semula oleh seorang pengguna di laman sosial tersebut.

@babes_faa Dengar suami nyanyi ? #fatinafeffa #artismalaysia #fateen #suamiistribahagia #suamifatinafeefa ♬ original sound - vii_dio

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya merasa ‘terhibur’ melihat gelagat Aliff yang mana tindakannya itu bercanggah dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan sebelum ini.

Malah tidak kurang juga yang meninggalkan komen berbentuk sindirin kepada Aliff.

“Hari tu cakap muzik haram, haha,” kata seorang wargamaya.

“Dia tengah zikir la tu, mana ada menyanyi,” ujar seoarang netizen.

“Aik, cakap muzik haram, ini apa kes?” kata seorang warganet.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024