Berita

“Rasa Kekosongan Yang Sangat Besar...”- Afdlin Shauki Kesal Tak Luangkan Lebih Masa Dengan Arwah Ibunya

gempak
Syafiqah Jalal
04/02/2019
06:24 MYT
Sponsor Banner
“Rasa Kekosongan Yang Sangat Besar...”- Afdlin Shauki Kesal Tak Luangkan Lebih Masa Dengan Arwah Ibunya
Pelakon Afdlin Shauki akui sering terkenang serta merindui arwah ibunya, Fadzilah Jelani terutama ketika hendak tidur setiap malam.
Afdlin berkata dia amat kesal kerana tidak dapat meluangkan lebih masa bersama ketika hayat ibunya.
“Aku tak boleh nak gambarkan perasaan aku pagi ni, sekali lagi pada pukul 4 pagi aku masih bekerja...
“Tiba-tiba henfon berbunyi, adik aku pos gambar arwah ibu dan kata dia mimpi ibu dan nangis... gambar ibu dgn senyuman yg paling aku rindu... pasal senyuman dia buat aku bahagia.... buat penat aku berbaloi, buat sedihku terubat.
“Aku sebelum tido tiap malam akan terkenang ibu dan rasa kekosongan yg sangat besar dalam jiwa, aku rasa aku tak complete... aku sedih dan aku marah pada diri sendiri kerana tak luangkan lebih masa dgn ibu masa dia masih hidup dulu...”tulisnya.
Afdlin berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Rata-rata pengikutnya berharap Afdlin terus kuat dan mendoakan agar ibunya ditempatkan dik;angan orang-orang beriman.
Ibu Afdlin meninggal dunia pada 15 Oktober lalu selepas menjalani pembedahan pintasan jantung.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live