,
Laman Utama

“Rasa Macam Allah Lebih Terima Sujud Dia Daripada Sujud Aku” - Netizen Tersentuh Lihat Orang Kurang Siuman Solat

Izwan Isa
23/01/2022
04:50 MYT

Banyak kisah yang pernah dikongsikan oleh warganet berkenaan dengan individu kurang siuman di media sosial sebelum ini.

@mimieydjewels
?Deep.Tak buat solat hajat lg kdai..dia solat dulu dlm ni?Syed khairol doakn bisnes kokmie tauuu♬ original sound - Vitri pradana Namun, perkongsian seorang pengguna TikTok baru-baru ini sedikit mencuit emosi pengguna platform berkenaan.
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok Mi Miey, kelibat seorang lelaki yang kurang siuman dilihat sedang ‘menunaikan solat’ di kedianya.
Dengan pakaian compang-camping dan keadaan diri yang tidak terurus, individu yang dikenali sebagai Syed Khairol itu sedang melakukan rukun solat rukuk, sujud dan duduk tahiyat.
Menurut pemilik akaun, Syed Khairol sering mengunjungi premisnya tetapi tidak mengganggu orang lain. Bahkan, kehadiran Syed Khairol disifatkan sebagai menghiburkan.
Meninjau ruangan komen, kebanyakan pengikut akaun berkenaan berasa tersentuh melihat gelagat Syed Khairol yang masih mengingati solat walaupun dalam keadaan sebegitu.
“Walaupun dia tak kenal siapa dirinya, tapi dia kenal siapa yang dia patut sembah… Allahuakbar,” tulis seorang pengguna TikTok.
“Rasa macam Allah lebih terima sujud dia daripada sujud aku,” luah seorang netizen pula.
“Aku tersentak, tersentuh. Dia mungkin tak ingat siapa diri dia, tapi dia masih ingat Allah,” respons seorang wargamaya pula.
Dalam pada itu, ada juga yang meminta agar tuan empunya akaun membeli pakaian baharu buat Syed Khairol.
Tidak berapa lama kemudian, pemilik akaun yang sama memuat naik video dia dan suaminya membeli beberapa helai seluar baharu dan baju baharu buat Khairol.
@mimieydjewels
Cadangnya nk g esok..rasa lamanya esok..Suami pun ajak g bli arini n g hntr tros umah syed kerol..Alhamdulillah lega rasa hajat tercapai?♬ PENANTIAN ARMADA - sadvibes? “Cadangnya nak pergi esok… Rasa lamanya esok. Suami pun ajak pergi beli hari ini dan pergi hantar terus rumah Syed Khairol. Alhamdulillah lega rasa hajat tercapai,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Adakah Jika Saya Belum Sempurna, Saya Tak Layak Untuk…” - Diana Danielle

gempak
19/11/2024
01:25 MYT
Pelakon Diana Danielle meluahkan rasa hairan dengan sikap segelintir netizen yang mempersoalkan wanita tidak menutup aurat namun tetap menunaikan ibadah solat.
Hiburan

“Dekat Set Main TikTok, Sampai Tak Hafal Dialog” - Lana Nodin Rimas, Beri Teguran Pada Pelakon BBNU

gempak
18/11/2024
05:55 MYT
Pelakon Lana Nodin meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir pelakon yang digelar Budak-Budak Baru Nak Up (BBNU) di set penggambaran.
Hiburan

“Bestnya! Macam Pakcik-Pakcik Chinese Ajak Menyembang” - Netizen Seronok Dengar, Kagum Nubhan Fasih Berbahasa Cina

gempak
13/11/2024
12:55 MYT
Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Nubhan Ahmad mendapat perhatian netizen selepas bertutur dalam bahasa cina.
Hiburan

Aura Ina Naim Menyerlah, 22,000 Tonton Pasangan Pengantin Baharu

gempak
13/11/2024
06:25 MYT
Aura pengantin baharu, Ina Naim semakin menyerlah apabila buat pertama kalinya melakukan penstriman langsung bersama suami sehinggakan mencapai lebih 22,900 tontonan semasa.
Viral

Influencer Buka Cerita Peluk Islam - "Bila Tengok Kawan Solat, Ambil Wuduk, Saya Lebih Tertarik"

gempak
23/10/2024
14:02 MYT
"Saya tak pernah menyangka akan memeluk Islam lebih-lebih lagi dalam usia muda tapi bersyukur kerana Allah SWT buka hati untuk terima hidayahNya."
Unitar