Terkini

Recap i.D Episod 7: Aidi Zabran/Tengku Remy Diburu Polis!

gempak
Umirah Halim
12/04/2024
07:00 MYT
Sponsor Banner
Recap i.D Episod 7: Aidi Zabran/Tengku Remy Diburu Polis!
Hanya tinggal satu episod sahaja lagi sebelum siri drama premium terbitan Astro Shaw, i.D Swipe, Steal, Love ini bakal melabuhkan tirainya.
Jadi, bagi yang belum menonton, Gempak kongsikan sedikit sedutan kisah yang terjadi pada episod ketujuh i.D.

Datuk Rahim dibunuh siapa?

Datuk Rahim Abadi memilih untuk menyerahkan diri ke pihak berkuasa untuk tampil beri kerjasama. Namun, tidak sempat disoal siasat, Datuk Rahim diserang oleh seorang individu yang tidak dapat dikenal pasti identitinya.
Pada akhir insiden serangan itu, Datuk Rahim maut ditikam individu tersebut meskipun telah berjuang bersama anaknya, Jazman untuk pertahankan diri.

Geng scammer Paati Shanti tumpas

Pertemuan antara geng Oxydata dan Paati Shanti untuk menuntut anak lelaki Paati, Mohvindh bertukar tragedi. Pada awalnya, Paati bertindak 'tikam belakang' Aidi dan menyerahkannya kepada Datuk Kumari Lakshimi, CEO Oxydata sebagai pertukaran dengan anaknya, Mohvindh yang telah diculik Datuk Kumari.
Berang diperlakukan sebegitu, Aidi bertindak menuduh Paati meletakkan bom di dalam dirinya sebagai umpan untuk membunuh geng Oxydata.
Akhirnya kedua-dua geng tersebut berbalas tembakan, dan Paati maut ditempat kejadian.

Aidi diburu polis

Pihak berkuasa, Rokiah dan Rostam masih lagi dalam usaha untuk menjejaki Aidi Zabran/Tengu Remy yang didakwa bersalah diatas tuduhan membocorkan data rakyat Malaysia kepada geng scammers. Bagaimanapun, usaha mereka untuk menyiasat kes kebocoran data itu terganggu apabila Dato Rahim dibunuh oleh individu yang tidak dapat dikenalpasti identitinya.
Nak tahu apa yang terjadi? Jangan lupa saksikan episod penuh i.D sekarang! Saksikan i.D
Untuk pengetahuan, siri drama premium 8 episod ini menampilkan barisan bakat pelakon terkenal tempatan termasuk Naim Daniel (Aidi Zabran), Amelia Henderson (Anggun Zahara), Aedy Ashraf (Jazman Rahim), Datuk Rosyam Nor (Rahim Abadi), Ellyza Azizi (Alia Mukhriz), Shantini Venugopal (Patti Shanti), Joyce Harn (Jo), Jo Kukathas (Dato Kumari Lakshmi), Susan Lankester (Nadi Ilana) dan ramai lagi.
Saksikan i.D bermula 23 Februari, setiap Jumaat jam 9 malam.
Siri drama premium terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Alpha47 ini bakal bersiaran pada 23 Februari, 9 malam, menerusi Astro Premier (Saluran 410) atau boleh menyaksikan episod awal di setiap minggu bermula 12 tengah malam menerusi platform On Demand dan Astro GO.
Sinopsis i.D i.D, mengisahkan Aidi, seorang pereka aplikasi yang telah mencipta BEBAS App, aplikasi penting yang digunakan sewaktu penularan wabak dengan menempatkan maklumat-maklumat pengguna bagi tujuan pemakluman info semasa. Jazman, seorang pengurus syarikat di mana tempat Aidi bekerja telah memecat Aidi tanpa sebarang alasan yang munasabah.
Dendam Aidi terhadap Jazman terus memuncak, ditambah pula apabila melihat kemesraan Anggun, gadis idaman Aidi, sering bersama Jazman. Akibat dendam, Aidi telah mencuri 27.7 juta maklumat pengguna daripada BEBAS App dan mencipta watak baharu iaitu Tengku Remy di alam maya untuk berkenalan dengan Anggun.
Data yang digodam oleh Aidi juga telah dijual kepada pihak yang tidak bertanggungjawab demi mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Namun tanpa disedari, aktiviti haram yang dilakukan ini telah menjerumus kepada masalah besar yang bakal menimpa Aidi.

Berita Trending: Aedy Ashraf Sanggup Bleach Rambut Demi Hidupkan Watak Jazman Rahim

Berita Trending: i.D Berjaya Buat Netizen Tak Senang Duduk - "Cerita Ni Tense Betul, Takda Seminit Pun Yang Rileks"
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024