Diam tak diam, hari Isnin juga sudah melabuhkan tirainya.

Pelbagai cerita menarik berlaku pada Isnin, tidak kisah sama ada datangnya dari dunia hiburan mahu pun orang awam.

Kami senaraikan lima yang menarik sepanjang Isnin.

#1 “Boleh Tak Sesiapa Tolong Rawat” - Suara Masih Padu Tapi Badan Zamani Makin Membengkok, Peminat Risau

Keadaan fizikal terkini penyanyi Zamani Slam amat membimbangkan peminatnya.

Ini berikutan satu video tular yang merakamkan struktur fizikal Zamani semakin berubah di mana bahagian belakangnya kelihatan semakin melengkung atau membengkok.

#2 “Datuk Buat Video Macam Tu Mungkin Views Banyak & Datuk Tambah Kaya, Tapi Kaya Tak Bawa Kubur” - Ustaz Adnin

Nampaknya, ramai yang menegur tindakan pengusaha kosmetik dan usahawan selebriti Datuk Aliff Syukri selepas beliau meluncurkan lagu raya dan klip video Kelepok Raya.

Selepas beberapa selebriti dilihat mengkritik tindakan Aliff, kini tiba giliran Ustaz Adnin memberikan pandangan terhadap klip video berkenaan.

#3 Dah Viral Satu Malaysia Mak Wan Latah Sihir Orang, Rupanya Ia Fitnah Semata-Mata - “Mak Wan Nak Rehat…”

Sudah jatuh ditimpa tangga… mungkin peribahasa ini tepat sekali menggambarkan situasi pelakon veteran popular, Halimaton Saadiah Mohd Daud, atau lebih mesra disapa Mak Wan Latah.

Menjadi topik perbualan apabila perkahwinan yang baru dibina pada Januari lalu bersama Husain Dolah hanya bertahan selama tiga bulan, nama Mak Wan sekali lagi meniti di bibir netizen apabila dia didakwa ‘main bomoh’ menyihir orang.

#4 Ibu Achey Meninggal Dunia - “Berapa Hari Je Mak Nak Raya…”

Ibu kepada pelawak Achey, Ngaisah Hassan, 74, menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.46 pagi, Isnin di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

#5 “Tak Sampai Sejam Pun Air Bertakung Cepat" - Banjir Kilat Melanda Lagi, Netizen Persoal Sistem Perparitan 'Hauk'?

Hujan lebat menyebabkan berlakunya banjir kilat di beberapa lokasi sekitar ibu negara.

Menerusi video dan juga foto-foto tular di media sosial, netizen sudah mula meluahkan rasa bimbang kerana ada jalan utama yang sudah dinaiki air.